Connect with us

Terkini

PM perlu lantik individu kompeten sebagai Menteri Kewangan

Kumpulan inisiatif bersama yang membantu menilai dan mempromosi calon-calon Bebas bertanding dalam pilihan raya, Gerak Independent menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencontohi Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang memilih individu cekap menerajui Kementerian Kewangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM perlu lantik individu kompeten sebagai Menteri Kewangan
Foto: Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail
  • Kumpulan inisiatif bersama yang bantu menilai dan promosi calon-calon Bebas bertanding dalam pilihan raya, Gerak Independent gesa PM contohi Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang memilih individu cekap terajui  Kementerian Kewangan.
  • Menurutnya, Menteri Kewangan ketika itu dilihat berkeupayaan sebagai ahli perniagaan, memahami realiti dihadapi golongan peniaga dan pengilang malah melihat melangkaui politik.
  • “Ekonomi memerlukan orang yang kompeten, disebabkan senario global yang sentiasa rumit dan mencabar,”- Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail.

PETALING JAYA: Kumpulan inisiatif bersama yang membantu menilai dan mempromosi calon-calon Bebas bertanding dalam pilihan raya, Gerak Independent menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencontohi Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang memilih individu cekap menerajui Kementerian Kewangan.

Pengerusinya, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berkata, Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri Malaysia pertama melantik Tun Sir Henry Lee Hau Shik atau H.S. Lee sebagai Menteri Kewangan setelah negara mencapai kemerdekaannya pada 1957.

Menurutnya, Hau Shik ketika itu dilihat mempunyai keupayaan sebagai ahli perniagaan, boleh memahami realiti dihadapi golongan peniaga dan pengilang malah melihat melangkaui politik.

“Anwar tidak sepatutnya memegang portfolio kewangan kerana beliau perlu menggunakan masanya untuk menyatupadukan dan mentadbir negara.

“Ekonomi memerlukan orang yang kompeten, disebabkan senario global yang sentiasa rumit dan mencabar,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today hari ini.

Hau Shik memulakan Bank Pembangunan dan Komersial pada 1984 yang menjadi bank kelima terbesar di negara ini, selepas bersara pada 1959.

Mohamed Tawfik merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Bulan lalu, Anwar dilaporkan tidak akan mempertimbang memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya yang akan diumumkan kelak.

Anwar pernah memegang beberapa jawatan utama kerajaan iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983); Menteri Belia dan Sukan (1983-1985); Menteri Pertanian (1985-1986); Menteri Pendidikan (1986-1990); Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Kementerian Kewangan diterajui Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam pilihan raya di Parlimen Kuala Selangor. 

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *