Connect with us

Terkini

Pilih insurans konvensional, Skim Insan Selangor didakwa tidak patuh syariah

Pas Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri memilih syarikat perkhidmatan insurans konvensional untuk Skim Insurans Am Selangor (Insan) yang didakwa tidak patuh syariah.

Wartawan TMT

Published

on

Pilih insurans konvensional, Skim Insan Selangor didakwa tidak patuh syariah
Foto: Roslan Shahir Mohd Shahir.
  • Pas Selangor kesal tindakan kerajaan negeri pilih syarikat perkhidmatan insurans konvensional untuk Skim Insurans Am Selangor (Insan) didakwa tidak patuh syariah.
  • Tindakan kerajaan negeri itu jelas melanggar keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011.
  • Kerajaan negeri PH wajar tangguh skim itu serta-merta dan mengambil langkah berunding dengan syarikat-syarikat perkhidmatan takaful yang patuh syariah untuk mengambil alih skim berkenaan.
  • “Biarlah segala program dan skim yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan negeri buat rakyat Selangor sentiasa halal dan patuh syariah demi memperoleh barakah dan rahmat daripada ALLAH SWT,”- Setiausaha Perhubungan, Roslan Shahir Mohd Shahir.

SHAH ALAM – Pas Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri memilih syarikat perkhidmatan insurans konvensional untuk Skim Insurans Am Selangor (Insan) yang didakwa tidak patuh syariah.

Setiausaha Perhubungannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Menteri Besar, Amirudin Shari sewajarnya peka dengan soal halal haram berhubung tindakan tersebut memandangkan ia melibatkan rakyat Selangor yang majoritinya umat Islam.

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri itu jelas melanggar keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada 14 Jun 2011.

“Mesyuarat berkenaan telah memutuskan insurans konvensional adalah suatu muamalat yang diharamkan oleh Islam kerana amat bercanggah dengan prinsip Islam.

“Oleh yang demikian, pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Roslan berkata, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) wajar menangguhkan skim berkenaan serta-merta dan pada waktu yang sama mengambil langkah berunding dengan syarikat-syarikat perkhidmatan takaful yang patuh syariah untuk mengambil alih skim berkenaan.

“Biarlah segala program dan skim yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan negeri buat rakyat Selangor sentiasa halal dan patuh syariah demi memperoleh barakah dan rahmat daripada ALLAH SWT,” katanya.

Amirudin sebelum ini menjelaskan skim tersebut bertujuan memberi perlindungan kepada rakyat negeri itu daripada segi kes melibatkan kematian, kemalangan dan kecederaan.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending