Connect with us

Antarabangsa

PBB mahu Israel lucut senjata nuklear, sekutunya Amerika Syarikat bantah

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta rejim Israel menyerahkan senjata nuklearnya dan melaksanakan resolusi PBB sepenuhnya mengenai penubuhan zon bebas senjata nuklear di Timur Tengah, lapor Middle East Monitor.

Wartawan TMT

Published

on

PBB mahu Israel lucut senjata nuklear, sekutunya Amerika Syarikat bantah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perhimpunan Agung PBB minta rejim Israel serahkan senjata nuklearnya dan laksanakan resolusi PBB sepenuhnya mengenai penubuhan zon bebas senjata nuklear di Timur Tengah.
  • Resolusi itu ditentang Israel dan lima negara lain iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Micronesia, Palau dan Liberia, manakala  26 negara berkecuali, termasuk India dan sebahagian besar negara Eropah.
  • Resolusi PBB mengandaikan Israel memiliki senjata sedemikian dan menyerunya untuk bersetuju dengan Perjanjian Non-Proliferasi.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta rejim Israel menyerahkan senjata nuklearnya dan melaksanakan resolusi PBB sepenuhnya mengenai penubuhan zon bebas senjata nuklear di Timur Tengah, lapor Middle East Monitor.

Bagaimanapun, resolusi itu ditentang Israel dan lima negara lain iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Micronesia, Palau dan Liberia, manakala  26 negara berkecuali, termasuk India dan sebahagian besar negara Eropah.

Situasi itu menyaksikan resolusi di Perhimpunan Agung PBB pada Rabu lalu mendapat sokongan 149 undi berbanding enam menentang.

Antara peruntukan lain draf resolusi itu adalah memerlukan langkah segera ke arah pelaksanaan penuh resolusi mengenai Timur Tengah yang diterima pakai Perjanjian Non-Proliferasi 1995.

Komponen utama perjanjian pakej diterima pakai dalam perjanjian itu memerlukan penciptaan Timur Tengah menjadi zon bebas senjata nuklear serta senjata pemusnah besar-besaran lain termasuk sistem penyampaian mereka.

“Israel mesti sertai perjanjian tanpa berlengah-lengah dan tidak membangunkan, menghasilkan, menguji atau memperoleh senjata nuklear, untuk melepaskan pemilikan mereka dan meletakkan semua kemudahan nuklearnya yang tidak dilindungi di bawah skop penuh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA),” tegas PBB dalam kenyataan itu.

Israel sendiri tidak menandatangani Perjanjian Non-Proliferasi dan tidak menerima perlindungan IAEA terhadap beberapa aktiviti nuklear utamanya.

Walaupun Israel secara meluas dipercayai mempunyai simpanan senjata nuklear, negara apartheid itu tidak mengakui mahupun menafikan kewujudan senjata nuklear, malah negara-negara Barat secara amnya bertolak ansur dengan dasar kekaburan nuklear Israel walaupun terdapat ancaman ditimbulkan negara haram itu kepada rantau itu. 

Resolusi PBB mengandaikan Israel memiliki senjata sedemikian dan menyerunya untuk bersetuju dengan Perjanjian Non-Proliferasi.

Sumber : Middle East Monitor

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending