Connect with us

Antarabangsa

Muslim berkewajipan bebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa

“Setiap Muslim mempunyai kewajipan agama untuk berusaha membebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa, mempertahankan mereka dan berhadapan dengan konspirasi yang dibuat terhadap mereka.”

Wartawan TMT

Published

on

Muslim berkewajipan bebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Setiap Muslim mempunyai kewajipan agama untuk berusaha membebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa, mempertahankan mereka dan berhadapan dengan konspirasi yang dibuat terhadap mereka,” demikian kenyataan 70 institusi Islam pada Persidangan Antarabangsa Ulama-Ulama Islam untuk Palestin Kali Ke-2 di Istanbul, Turkiye baru-baru ini.
  • Hanya satu cara membebaskan Palestin dan membersihkannya daripada kekotoran pendudukan Israel adalah menerusi penglibatan bentuk penentangan.
  • Jika umat Islam dan pemimpin enggan dan gagal menyokong rakyat Palestin maka ia sebuah jenayah dan keganasan terhadap umat Islam dan agama Islam sendiri.

 

ISTANBUL, 21 Disember 2022 – “Setiap Muslim mempunyai kewajipan agama untuk berusaha membebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa, mempertahankan mereka dan berhadapan dengan konspirasi yang dibuat terhadap mereka.”

Ini merupakan kenyataan tegas para ulama daripada 70 institusi Islam dalam Persidangan Antarabangsa Ulama-Ulama Islam untuk Palestin Kali Ke-2 di Istanbul, Turkiye baru-baru ini.

Persidangan tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan terkini perjuangan Palestin dan ancaman bahaya di tapak suci Masjidil Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Para ulama yang hadir juga memperbaharui ikrar mereka untuk bergerak aktif dalam menyokong perjuangan pembebasan kota ketiga suci umat Islam itu.

Sebuah kenyataan menyebut, “Para ulama menekankan bahawa setiap inci Palestin adalah tanah Islam dan hanya milik umat Islam, dan mereka juga mengesahkan bahawa Masjidil Aqsa dengan setiap bahagian dan perincian di atas atau bawahnya adalah milik umat Islam semata-mata dan orang bukan Islam tiada hak langsung ke atasnya.”

Sehubungan itu, mereka berkata, satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin dan membersihkannya daripada kekotoran pendudukan rejim haram aparteid Israel adalah menerusi penglibatan dalam semua bentuk penentangan.

Mereka turut memperingatkan kepada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia bahawa sebarang keengganan dan kegagalan untuk menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang pendudukan haram Israel dan pencerobohannya adalah sebuah jenayah dan keganasan terhadap seluruh umat Islam dan agama Islam sendiri.

Sumber : Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending