Connect with us

Terkini

Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diaktifkan semula- KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996, bertujuan menyumbang idea dan pandangan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPM akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996, bertujuan menyumbang idea dan pandangan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.
  • Kementerian mengambil pendekatan lebih holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.
  • “Saya akan mengaktifkan semula MPPK seperti yang termaktub bawah Akta Pendidikan 1996. Dengan adanya MPPK ini nanti diharapkan akan dapat menyumbang idea dan pandangan kepada Kementerian Pendidikan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.” – Menteri pendidikan, Fadhlina Sidek.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996, bertujuan menyumbang idea dan pandangan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata menerajui kementerian itu, beliau akan mengambil pendekatan yang lebih holistik melalui proses konsultasi dan musyawarah dengan rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.

Katanya, beliau juga akan memastikan keseluruhan ekosistem pendidikan dilaksanakan mengikut proses yang ditetapkan dan berlandaskan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan berkaitan.

“Saya akan mengaktifkan semula MPPK seperti yang termaktub bawah Akta Pendidikan 1996. Dengan adanya MPPK ini nanti diharapkan akan dapat menyumbang idea dan  pandangan kepada Kementerian Pendidikan dalam merangka dan menambah baik hala tuju pendidikan negara.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending