Connect with us

Antarabangsa

Lebih 600 kanak-kanak Palestin ditahan rejim Israel

Lebih 600 kanak-kanak Palestin ditahan oleh mahkamah Israel di bawah tahanan rumah pada 2022, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 600 kanak-kanak Palestin ditahan rejim Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kanak-kanak diperintahkan tidak keluar dari rumah termasuk ke sekolah atau klinik tanpa ditemani penyelia selain perlu memakai gelang pengesan elektronik.
  • “Pertama, kanak-kanak itu kekal di rumah keluarga sepanjang tempoh ditetapkan mahkamah, namun ibu bapa dipaksa menggadai harta bagi menyimpan sejumlah wang dalam perbendaharaan mahkamah bagi pastikan pelaksanaan syarat pembebasan anak mereka.
  • “Kedua, mengeluarkan kanak-kanak itu dari rumah keluarganya dan memaksa mereka tinggal di sebuah rumah luar bandar, yang kini terpakai kepada empat kanak-kanak dari Baitulmaqdis di bawah umur 18 tahun,”
  • Dasar penahanan rumah juga melucutkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan dan mewujudkan kebimbangan serta ketakutan kepada mangsa.

RAMALLAH, 3 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Lebih 600 kanak-kanak Palestin ditahan oleh mahkamah Israel di bawah tahanan rumah pada 2022, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, suruhanjaya itu berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel menggunakan tahanan terutamanya ke atas kanak-kanak dan remaja di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Ia didakwa sebagai satu bentuk hukuman untuk kanak-kanak di bawah umur 14 tahun kerana undang-undang Israel tidak membenarkan mereka dipenjarakan.

Maka, mahkamah memerintahkan penahanan mereka di dalam rumah untuk tempoh sehingga tamat prosedur kehakiman dan keputusan dikeluarkan mungkin mengambil masa beberapa hari atau lebih setahun.

Bagaimanapun, ia tidak dikira daripada tempoh hukuman sebenar yang kemudiannya akan dikenakan ke atas kanak-kanak itu.

Dalam tempoh ini, kanak-kanak itu diperintahkan untuk tidak keluar daripada rumah termasuk ke sekolah atau klinik tanpa ditemani penyelia selain perlu memakai gelang pengesan elektronik.

Mengikut statistik rasmi, terdapat lebih 600 kes tahanan rumah untuk kanak-kanak sepanjang tahun ini, membabitkan dua jenis keadaan yang ditetapkan.

“Pertama, kanak-kanak itu kekal di rumah keluarga sepanjang tempoh yang ditetapkan mengikut keputusan mahkamah, namun ibu bapa dipaksa untuk menggadai harta bagi menyimpan sejumlah wang dalam perbendaharaan mahkamah bagi memastikan pelaksanaan syarat pembebasan anak mereka.

“Kedua, yang paling sukar dan rumit ialah mengeluarkan kanak-kanak itu dari rumah keluarganya dan memaksa mereka tinggal di sebuah rumah luar bandar, yang kini terpakai kepada empat kanak-kanak dari Baitulmaqdis di bawah umur 18 tahun,” katanya.

Suruhanjaya itu berkata, tahanan rumah meninggalkan kesan psikologi yang sukar kepada kanak-kanak dan keluarga mereka, kerana terpaksa memantau anak pada setiap masa.

Dasar penahanan rumah juga melucutkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan dan mewujudkan kebimbangan serta ketakutan kepada mangsa.-  Agensi

Sumber: Ismaweb

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending