Connect with us

Terkini

Ketua pembangkang cabar PM Anwar saman media Eropah gelarnya homoseksual

Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaman media Eropah, yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai perdana menteri dengan menggelarnya sebagai “homoseksual sepenuhnya” (full-blown homosexual).

Wartawan TMT

Published

on

Ketua pembangkang cabar PM Anwar saman media Eropah gelarnya homoseksual
Foto: Lim Guan Eng (kiri), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ia jelas satu penghinaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dia mesti ambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
  • Dia berkata Anwar sebelum ini disabitkan “mengenai perkara itu”, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi dapat pengampunan YDPA.
  • Lim Guan Eng (PH-Bagan) kemudiannya bangkit dan berkata berdasarkan prosedur parlimen usul percaya sebenarnya tidak perlu dibahas.
  • Bagaimanapun, katanya, perkara itu dibenarkan memandangkan kerajaan sedia ada mengamalkan demokrasi tetapi disalahgunakan pembangkang.

Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyaman media Eropah, yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai perdana menteri dengan menggelarnya sebagai “homoseksual sepenuhnya” (full-blown homosexual).

Hamzah berkata ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar, dan dia mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Dia berkata Anwar sebelum ini telah disabitkan “mengenai perkara itu”, merujuk kepada sabitan kesalahan liwat sebelum ini, tetapi mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) kemudiannya bangkit dan berkata berdasarkan prosedur parlimen usul percaya sebenarnya tidak perlu dibahas.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu dibenarkan memandangkan kerajaan sedia ada mengamalkan demokrasi tetapi disalahgunakan oleh pembangkang.

“Jangan salah gunakan ruang diberikan kepada ketua pembangkang,” katanya.

“Kalau kita dengar ucapan tadi… satu tuduhan oleh sebuah surat khabar yang kita tak pernah dengar langsung.

“Ini satu perbuatan amat jahat,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending