Connect with us

Terkini

Kedah kekal larang konsert cetus keruntuhan akhlak

Kerajaan Kedah masih kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan sebarang konsert terbuka yang menggalakkan tingkah laku tidak beretika diadakan di negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kedah kekal larang konsert cetus keruntuhan akhlak
Foto: Datuk Najmi Ahmad
  • Kerajaan Kedah masih kekal dengan keputusan untuk tidak benarkan sebarang konsert terbuka yang menggalakkan tingkah laku tidak beretika diadakan di negeri ini.
  • Kerajaan negeri akan memantau sebarang perayaan atau aktiviti yang akan diadakan menjelang sambutan tahun baharu. – Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad 
  • “Semua pihak penganjur konsert perlu bertanggungjawab mendidik masyarakat dan berharap mereka akur dengan keputusan yang telah diputuskan kerajaan negeri.”
  • “Konsert sebegini boleh jejaskan imej kerajaan negeri dan awam untuk negeri ini. la juga boleh menyumbang kepada keruntuhan akhlak golongan belia.”

JITRA – Kerajaan Kedah masih kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan sebarang konsert terbuka yang menggalakkan tingkah laku tidak beretika diadakan di negeri ini.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, kerajaan negeri akan memantau sebarang perayaan atau aktiviti yang akan diadakan menjelang sambutan tahun baharu.

Menurutnya, semua pihak termasuk penganjur konsert perlu bertanggungjawab mendidik masyarakat dan berharap mereka akur dengan keputusan yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri.

“Konsert sebegini boleh menjejaskan imej kerajaan negeri dan awam untuk negeri ini. la juga boleh menyumbang kepada keruntuhan akhlak golongan belia.

“Saya harap semua orang dapat menerima perkara ini dan turut bertanggungjawab mendidik masyarakat kita,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Kerajaan Kedah sudah pun melonggarkan keputusan itu atau masih kekal dengan keputusan sama.

Terdahulu, beliau merasmikan dan menyampaikan Sijil Perhebat dan Program Reskilling Upskilling Veteran ATM di Institut Latihan Perindustrian Jitra.

Hadir sama Pengarah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat), Zakaria Md Sam.

Pada Oktober lalu media melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebarang konsert yang menggalakkan tingkah laku tidak beretika tidak akan dibenarkan di Kedah.

Larangan itu diputuskan susulan tular video persembahan kumpulan muzik sekumpulan anak muda berhampiran Balai Seni Lukis Negeri Kedah yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat kerana diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

Dalam perkembangan sama, Najmi juga berkata, kerajaan negeri masih belum membincangkan rayuan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) untuk melonggarkan had operasi hiburan di Langkawi.

Beliau berkata demikian mengulas rayuan MAH memohon agar dilanjutkan waktu operasi kedai hiburan memandangkan sektor pelancongan di Langkawi masih menghadapi pemulihan yang lembab walaupun sempadan antarabangsa sudah pun dibuka.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending