Connect with us

Terkini

Kebebasan media antara komitmen kerajaan perpaduan – Fahmi Fadzil

Kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Wartawan TMT

Published

on

Kebebasan media antara komitmen kerajaan perpaduan - Fahmi Fadzil
Foto: Fahmi Fadzil.
  • Kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik.
  • Penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara kaedah penting bagi merealisasikan matlamat itu.
  • “Saya gembira melihat Bahagian Digital Media Bernama yang bagi saya mungkin salah satu konsep masa depan melibatkan ruang informasi bukan sahaja digital tetapi pertempuran antara maklumat yang benar dan palsu,” – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Kebebasan media menjadi antara komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara kaedah bagi merealisasikan matlamat itu.

“Saya sendiri sebagai menteri terbuka untuk meneliti perkara ini (penubuhan Majlis Media Malaysia), tetapi semestinya ia perlu persetujuan di peringkat Jemaah Menteri.

Berikan sedikit masa, kita akan teliti,” katanya selepas menghadiri taklimat dan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada Khamis.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek serta pengurusan Bernama iaitu Pengerusinya, Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Ariffin.

Timbalan Ketua Pengarang. Perkhidmatan Berita Antarabangsa yang juga menanggung tugas sebagai Ketua Pengarang, Jamaluddin Muhammad dan Editor Eksekutif yang juga menanggung tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, Harlina Samson turut hadir.

Fahmi berkata, setakat ini cadangan penubuhan Majlis Media itu masih belum dibincangkan dalam Jemaah Menteri dan akan memaklumkan perkembangan sekiranya telah mencapai sebarang keputusan.

Pada 5 Disember, Fahmi berkata, beliau perlu mendapatkan perincian berhubung cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia daripada pemain industri media khususnya persatuan wartawan, selain memberi jaminan kebebasan media akan diberi keutamaan termasuk aspek kebajikan pengamal media di negara ini.

Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau akan mendapatkan maklumat tambahan mengenai Belanjawan 2023 bagi Kementerian Komunikasi dan Digital yang dijangka dibentang akhir suku pertama tahun depan. Mengenai lawatannya ke Bernama, Fahmi berkata, beliau akan meneliti beberapa isu yang dibangkitkan termasuk sambutan Hawana 2023.

Pada lawatan itu. Fahmi turut dibawa melawat ke Bahagian Digital Media Bernama dan diberikan penerangan mengenai pengoperasiannya.

“Saya gembira melihat Bahagian Digital Media Bernama yang bagi saya mungkin salah satu konsep masa depan melibatkan ruang informasi bukan sahaja digital tetapi pertempuran antara maklumat yang benar dan palsu,” katanya.- Bernama

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending