Connect with us

Terkini

Keadaan ‘luar biasa’ membenarkan Anwar jadi menteri kewangan – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menyifatkan perlantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah sesuai ketika ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Keadaan ‘luar biasa’ membenarkan Anwar jadi menteri kewangan - Rafizi Ramli
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), Mohd Rafizi Ramli (kanan)
  • Pelantikan dibuat ambil kira kedudukan luar biasa, yang mana tiada parti atau gabungan yang berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.
  • Dalam keadaan sekarang ekonomi berada dalam situasi mencabar turut berkehendakkan Perdana Menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan. 
  • Secara ideal baginya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan patut dipisahkan dan beliau kekal dengan pendirian itu.
  • “Oleh kerana keadaan (semasa) luar biasa, keputusan itu (Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan) sesuai buat masa sekarang.” – Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli 

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menyifatkan perlantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah sesuai ketika ini. 

Kali pertama mengulas tindakan Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Rafizi berkata, perlantikan itu dibuat mengambil kira kedudukan luar biasa, yang mana tiada parti atau gabungan yang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, dalam keadaan sekarang yang mana ekonomi berada dalam situasi mencabar turut berkehendakkan Perdana Menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan. 

Bagaimanapun, Rafizi berkata, secara ideal baginya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan patut dipisahkan dan beliau kekal dengan pendirian itu.

“Oleh kerana keadaan (semasa) luar biasa, keputusan itu (Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan) sesuai buat masa sekarang.

“Senang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan supaya ia tidak timbul isu gabungan yang berbeza,” katanya pada sidang media pertama beliau sebaik masuk pejabat hari ini.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending