Connect with us

Terkini

Kadar perkahwinan kanak-kanak menurun, UNICEF, kerajaan perkukuh kerjasama

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia akan meneruskan usahanya dengan kerajaan baharu Malaysia khususnya dalam isu berkaitan perkahwinan dan penahanan kanak-kanak tanpa ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kadar perkahwinan kanak-kanak menurun, UNICEF, kerajaan perkukuh kerjasama
Foto: UNICEF
  • UNICEF Malaysia akan meneruskan kerjasama bersama kerajaan baharu terutama isu perkahwinan dan penahanan kanak-kanak tanpa ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen seluruh negara.
  • Isu perkahwinan kanak-kanak antara Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang beri kesan kebanyakan negara, namun berita baiknya ialah kadar perkahwinan kanak-kanak dilaporkan semakin turun di seluruh dunia.
  • “Malaysia turut mengiktiraf perkara ini berdasarkan pelan strategik negara, namun melihat garis masa ke arah mencapai SDG, saya rasa sudah tiba masanya usaha itu dipercepat,”- Ketua Perlindungan Kanak-Kanak UNICEF, Saskia Blume.

KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia akan meneruskan usahanya dengan kerajaan baharu Malaysia khususnya dalam isu berkaitan perkahwinan dan penahanan kanak-kanak tanpa ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.

Ketua Perlindungan Kanak-Kanaknya Saskia Blume berkata isu perkahwinan kanak-kanak adalah antara Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang memberi kesan kepada banyak negara, namun berita baiknya ialah kadar perkahwinan kanak-kanak dilaporkan semakin menurun di seluruh dunia.

“Ini membuktikan wujud persefahaman dan momentum global untuk menamatkan perkahwinan kanak-kanak.

“Malaysia turut mengiktiraf perkara ini berdasarkan pelan strategik negara, namun melihat garis masa ke arah mencapai SDG, saya rasa sudah tiba masanya usaha itu dipercepat,” katanya.

Saskia berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis pelancaran “Ke Arah Menamatkan Perkahwinan Kanak-Kanak di Malaysia” — Taklimat Advokasi dalam Bahasa Malaysia pada Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 di sini pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia harus bergerak ke hadapan dalam melaksanakan projek perintis Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang bertujuan membebaskan kanak-kanak yang tidak ditemani dan dipisahkan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.

Malaysia perlu terus melaksanakan komitmen yang diikrarnya apabila menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal 2022 hingga 2024, katanya.

“Walaupun projek perintis itu dimulakan pada Februari tahun ini, namun kemajuannya terbantut sehingga kini.

“Dengan tamat tempoh setahun, kerajaan baharu diharap dapat menjadikan perintis ATD sebagai keutamaan,” katanya.

Sehingga 12 Julai tahun ini, terdapat 1,764 kanak-kanak (996 lelaki, 768 perempuan) daripada 17,703 tahanan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara.

Data rasmi Kementerian Dalam Negeri sebelum ini menunjukkan pada Oktober 2020, terdapat 405 kanak-kanak tanpa penjaga yang ditahan di pusat tahanan imigresen.

Perintis ATD yang diketuai bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri mula diumumkan pada 2019 dan diluluskan Kabinet pada 2021.

Kanak-kanak yang ditahan dalam tahanan imigresen mungkin termasuk kanak-kanak pelarian dan pencari suaka, kanak-kanak migran dan kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa pemerdagangan.

Bertemakan “Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind”, Forum Hak Asasi Manusia setengah hari itu dianjurkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan PBB di Malaysia.

Forum yang dijayakan secara hibrid dan penstriman dalam talian itu dirasmikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

— BERNAMA

Sumber: Astro Awani

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending