Connect with us

Terkini

Jakim diminta kaji semula fatwa ‘ubat sumber babi’ untuk keselamatan ibu mengandung

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran mengkaji semula fatwa penggunaan ubat pencair darah daripada sumber babi untuk mencegah penyakit darah beku “venous thromboembolism” (VTE) dalam kalangan ibu mengandung.

Wartawan TMT

Published

on

Jakim diminta kaji semula fatwa ‘ubat sumber babi’ untuk keselamatan ibu mengandung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jakim disaran kaji semula fatwa penggunaan ubat pencair darah dari sumber babi untuk cegah penyakit darah beku “venous thromboembolism” (VTE) dalam kalangan ibu mengandung.
  • Fatwa sedia ada diputuskan 2009 terlalu menyeluruh dan tidak sentuh hukum penggunaan ubat itu ke atas ibu mengandung berisiko maut akibat VTE. – Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Usim, Zizi Azlinda Mohd Yusof.
  • Ketika ini terdapat tiga jenis pencair darah di pasaran iaitu bersumberkan babi (Porcine), lembu (Bovine) dan bahan kimia sintetik (tiada unsur binatang).

 

NILAI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran mengkaji semula fatwa penggunaan ubat pencair darah daripada sumber babi untuk mencegah penyakit darah beku “venous thromboembolism” (VTE) dalam kalangan ibu mengandung.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Zizi Azlinda Mohd Yusof, berkata fatwa sedia ada diputuskan pada 2009 terlalu menyeluruh dan tidak menyentuh secara khusus hukum penggunaan ubat itu ke atas ibu mengandung yang berisiko maut akibat VTE.

“Fatwa itu bolehlah perbaharui semula, bukan untuk halalkan babi atau bukan nak halalkan ubat dibuat daripada babi, tapi mengharuskan untuk ibu mengandung (ambil ubat ini), kerana pembunuh utama sekarang dinyatakan Jabatan Perangkaan adalah penyakit darah beku.

“Saya bukan doktor perubatan, tapi kebetulan ini adalah kajian PhD saya pada 2020. Saya akan guna bahasa mudah faham, sesetengah wanita akan ada segumpal atau serpihan darah di betis mereka atau di kapilari darah yang bergerak secara perlahan tanpa sedar dan pergi ke jantung.

“Kemudian terus blok saluran pernafasan. Itu dinamakan gejala ‘pulmonary embolism’ iaitu jantung dah tersekat dengan gumpalan darah dan waktu itu akan berlaku kematian mengejut,” katanya kepada FMT.

Jabatan Perangkaan melaporkan pada 2021 penyakit darah beku adalah pembunuh utama ibu mengandung iaitu sebanyak 18.8%, menurut Zizi.

Beliau menjelaskan, terdapat tiga jenis pencair darah di pasaran iaitu bersumberkan babi (Porcine), lembu (Bovine) dan bahan kimia sintetik (tiada unsur binatang).

Namun, kajian klinikal di seluruh dunia mendapati pencair darah daripada sumber babi paling berkesan dan tidak membahayakan ibu serta bayi dalam kandungan.

Ubat pencair darah bersumberkan sel tisu babi dikategorikan sebagai Low Molecular Weight Heparin (LMWH) dan contoh di pasaran ketika ini adalah Clexane.

Malah, dalam buku garis panduan klinikal Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan LMWH sebagai pilihan utama untuk langkah pencegahan terhadap ibu mengandung yang berisiko.

“Ia tak ganggu keselamatan bayi dalam perut. Kalau ikut kajian saintifik dan jurnal akademik, kajian dilakukan di seluruh dunia dan hasilnya ubat ini tak beri kecacatan kepada bayi.

“Manakala ubat pencair darah dari sumber lembu (heparin) boleh rawat penyakit darah beku cuma kesan langsungnya yang tidak digemari oleh pakar perubatan adalah ia menyebabkan pendarahan teruk kepada ibu,” katanya.

Unsur babi

Ubat yang bebas sumber binatang contohnya Arixtra antara yang dibuktikan secara klinikal berisiko mencacatkan bayi dalam kandungan.

“Bila berkait dengan babi, ia sesuatu yang sensitif di Malaysia, jika nak dapat halal dari apa-apa skim, farmaseutikal, pemakanan, kosmetik, memang tidak akan diluluskan sekiranya ada sikit pun unsur babi.

“Walhal dah berlaku transformasi bio iaitu dalam istilah fiqah kita sebut istihalah. Istihalah adalah perubahan dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

“Bila masuk dalam makmal, dah tak jumpa DNA babi walaupun dibuat daripada babi. Cuma di Malaysia kita pegang Mazhab Syafie. Mereka tak kisah DNA babi ada ke tak, protein babi tu ada ke tak, asalkan bahan mentah itu ada babi maka sampai ke sudah ia babi juga. Ubat itu tetap haram,” kata Zizi.

Ketika menyiapkan tesis PhDnya, Zizi merujuk kitab fiqah, sesi temubual dengan 21 pakar termasuk syariah (UIA, USM, UKM), pakar perubatan (Obstetrik & Ginekologi, Kardiovaskular, Hematologi dan Farmaseutikal) membabitkan dua mufti (Terengganu dan Pulau Pinang).

“Saya tak kata tesis ini yang terbaik. Ini adalah sumbangan akademik saya. Saya bukan pelajar perubatan tapi bidang saya adalah fiqah medik dan fatwa halal. Saya tak lihat dari segi nak jadikan ia polisi negara. Kami para akademik kaji apa jurang yang diperlukan oleh masyarakat.

“Doktor yang tak ada latar belakang syariah akan keliru, bila sebenarnya waktu darurah? Nak ukur macam mana? Adakah bila sikit lagi nak mati atau pencegahan itu dikira darurah? Ibu pula (yang berisiko) takut nak ambil (ubat ini), jika abaikan terus ia akan berakhir kematian.

“Kita dakwa kita adalah agama yang memudahkan dan menjaga nyawa dari segi maqasid. Jadi, mana pertimbangan bijak sebenarnya lebih kontemporari yang sesuai dengan (masalah) kita hari ini?,” soalnya.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending