Connect with us

Terkini

Isu pendidikan: Penambahan guru, takwim persekolahan sedia ada wajar diteruskan

Penyelidik pendidikan Anuar Ahmad menyifatkan perancangan Kementerian Pendidikan di bawah kepimpinan menteri baharunya Fadhlina Sidek sebagai sesuatu yang memberangsangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Isu pendidikan: Penambahan guru, takwim persekolahan sedia ada wajar diteruskan
Foto: Dr. Anuar Ahmad.
  • Penyelidik pendidikan, Anuar Ahmad menyifatkan perancangan Kementerian Pendidikan di bawah kepimpinan menteri baharu Fadhlina Sidek sebagai sesuatu memberangsangkan.
  • Beliau berharap dua perkara yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu iaitu penambahan guru dan takwim persekolahan bermula pada Mac, dapat diteruskan.
  • “Mengambil kira keadaan pada waktu ini dan seboleh mungkin kita mahu memastikan anak-anak kita dalam keadaan baik apabila calon-calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tak perlu berhadapan dengan musim tengkujuh dan sebagainya, saya fikir kita kena bersedia untuk meneruskan takwim kita mulai bulan Mac sepertimana yang telah diputuskan oleh pimpinan terdahulu,”- Penyelidik pendidikan, Anuar Ahmad.

KUALA LUMPUR: Penyelidik pendidikan Anuar Ahmad menyifatkan perancangan Kementerian Pendidikan di bawah kepimpinan menteri baharunya Fadhlina Sidek sebagai sesuatu yang memberangsangkan.

Begitupun, beliau berharap dua perkara yang digerakkan kepimpinan terdahulu iaitu penambahan guru dan takwim persekolahan yang bermula pada Mac, dapat diteruskan.

Berkenaan pengambilan guru, Anuar melihat usaha itu masih diperlukan memandangkan negara masih berhadapan masalah kekurangan guru di sekolah yang agak signifikan.

“Dasar menambah bilangan guru itu mesti diteruskan untuk memastikan anak-anak kita mendapat guru-guru yang mencukupi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka,” katanya pada program Agenda AWANI pada Khamis.

Berkenaan takwim atau kalendar persekolahan, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk menukar waktu permulaannya kembali kepada bulan Januari walaupun ramai yang menggesa ia dilakukan.

“Mengambil kira keadaan pada waktu ini dan seboleh mungkin kita mahu memastikan anak-anak kita dalam keadaan baik apabila calon-calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tak perlu berhadapan dengan musim tengkujuh dan sebagainya, saya fikir kita kena bersedia untuk meneruskan takwim kita mulai bulan Mac sepertimana yang telah diputuskan oleh pimpinan terdahulu,” jelas beliau.

Selain itu, Anuar melihat wujud beberapa perkara lagi yang boleh diteruskan pihak kementerian di samping banyak input baharu daripada pengumuman menteri baharu itu yang menarik untuk diteliti.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending