Connect with us

Terkini

Isu judi: PAS dakwa Anwar mahu dilihat relevan Melayu-Islam

Pas mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali mengaitkan Perikatan Nasional (PN) selepas mengumumkan penurunan kadar cabutan khas judi daripada 22 kepada lapan kali kerana ingin dilihat relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Isu judi: PAS dakwa Anwar mahu dilihat relevan Melayu-Islam
Foto: Datuk Idris Ahmad.
  • Pas dakwa tindakan PM berulang kali kaitkan PN selepas umum penurunan kadar cabutan khas judi 22 kepada lapan kali kerana ingin dilihat relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di negara ini.
  • “Berhubung kenyataan sinikal Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang PN perihal saluran dana politik oleh tauke-tauke judi ini sebenarnya perlu dilihat pada mesej utamanya iaitu keuntungan yang diperoleh oleh tauke-tauke judi ini begitu tinggi sehinggakan mereka mampu menaja parti-parti politik,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad
  • Isnin lalu, Anwar mengumumkan kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun depan.
  • Pas juga sedia menawarkan diri membantu negeri ditadbir PH berhasrat untuk laksanakan polisi pengharaman judi seperti yang dilaksanakan negeri di bawah pentadbiran PN-Pas ketika ini.

SHAH ALAM – Pas mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali mengaitkan Perikatan Nasional (PN) selepas mengumumkan penurunan kadar cabutan khas judi daripada 22 kepada lapan kali kerana ingin dilihat relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di negara ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, ia susulan Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya kurang mendapat sokongan daripada golongan majoriti di Malaysia.

“Berhubung kenyataan sinikal Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerang PN perihal saluran dana politik oleh tauke-tauke judi ini sebenarnya perlu dilihat pada mesej utamanya iaitu keuntungan yang diperoleh oleh tauke-tauke judi ini begitu tinggi sehinggakan mereka mampu menaja parti-parti politik.

“Perkara ini perlu diberi perhatian dan diselidiki secara serius. Malah, perkara ini bukan sesuatu perkara yang baharu. Datuk Nallakaruppan yang merupakan bekas pengarah Magnum pernah mendakwa telah memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Isnin lalu, Anwar mengumumkan kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun depan.

Sementara itu, Idris berkata, Pas juga sedia menawarkan diri untuk membantu negeri ditadbir PH yang berhasrat untuk melaksanakan polisi pengharaman judi seperti mana yang dilaksanakan negeri di bawah pentadbiran PN-Pas ketika ini.

“Amat baik sekiranya isu-isu ini diselesaikan dengan setiap negeri PH-BN mengikut jejak langkah negeri-negeri Pas-PN yang telah mengharamkan terus penggunaan premis untuk kegiatan judi.

“Pastinya perkara ini akan menarik sokongan lebih tinggi pengundi Melayu-Islam kepada pihak kerajaan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending