Connect with us

Terkini

Isu integriti: Jenama halal Malaysia merosot

Keyakinan terhadap jenama sektor halal Malaysia semakin menurun ekoran beberapa isu integriti membabitkan industri tersebut di dalam negara, menurut Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH).

Wartawan TMT

Published

on

Isu integriti: Jenama halal Malaysia merosot
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), keyakinan terhadap jenama halal Malaysia menurun ekoran beberapa isu intergriti membabitkan industri dalam negara.
  • Setiausaha Agung MEH, Dr Helmi Ibrahim berkata antara isu besar mencalarkan imej industri halal negara adalah pendedahan status daging halal import yang diragui.
  • Beliau mendakwa kerajaan belum menangani perkara itu secara menyeluruh membolehkan keyakinan di peringkat domestik dan antarabangsa dapat dipulihkan.
  • Dulu orang tengok sijil halal Malaysia orang hormati dan yakin tetapi sekarang berkurang kerana kelompongan kesahihan dan keabsahan sijil halal gagal ditangani oleh kerajaan sebelum ini, katanya.

SHAH ALAM – Keyakinan terhadap jenama sektor halal Malaysia semakin menurun ekoran beberapa isu integriti membabitkan industri tersebut di dalam negara, menurut Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH).

Setiausaha Agungnya, Dr Helmi Ibrahim berkata, antara isu besar mencalarkan imej industri halal negara adalah beberapa pendedahan mengenai status daging halal import yang diragui.

Beliau mendakwa, kerajaan dilihat masih belum menangani perkara tersebut secara menyeluruh bagi membolehkan keyakinan bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga antarabangsa dapat dipulihkan.

Jelas beliau, situasi itu juga secara langsung menjejaskan jenama sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kalau dulu orang tengok sijil halal Malaysia orang hormati dan yakin, tetapi sekarang ini sudah berkurang. Sebabnya adalah kita ada isu integriti dan kelompongan tentang kesahihan dan keabsahan tentang sijil halal ini gagal ditangani oleh kerajaan sebelum ini.

“Kedudukan negara seperti Indonesia dan Singapura ketika ini contohnya menunjukkan peningkatan prestasi lebih baik daripada Malaysia ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pendedahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Sabtu yang mengesan adanya daging diimport dicampur dengan daging kerbau atau daging babi.

Melalui laporan sama, jabatan berkenaan turut memaklumkan ada mengesan wujud ejen atau syarikat sering menggunakan taktik yang sama untuk cuba menyeludup masuk daging sejuk beku tidak halal ke negara ini.

Sumber : Sinar Harian

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending