Connect with us

Terkini

Fahmi Fadzil nafi dakwaan jadi dalang singkir Ridhuan Tee dari Forum Perdana

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan dakwaan bahawa dirinya sebagai dalang yang mengarahkan anggota panel Forum Perdana Ehwal Islam ditukar.

Wartawan TMT

Published

on

Fahmi Fadzil nafi dakwaan jadi dalang singkir Ridhuan Tee dari Forum Perdana
Foto: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
  • “Ia bukan pun program (kementerian) saya, maka, bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,” – Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
  • “Orang di luar sana yang mungkin tidak faham akan bercakap macam-macam, tetapi, ramai tidak tahu, saya pun tiada punca kuasa untuk program sedemikian disiarkan,” katanya.
  • Forum Perdana Ehwal Islam diterbitkan oleh Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak awal dekad 1980-an lagi dengan durasi siaran selama satu jam.
  • Pada malam tadi, program itu menyaksikan tempat Ridhuan digantikan oleh pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman dan bergandingan dengan Datuk Mohd. Kazim Elias.

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan dakwaan bahawa dirinya sebagai dalang yang mengarahkan anggota panel Forum Perdana Ehwal Islam ditukar.

Malah, beliau turut mengesahkan bahawa program bual bicara keagamaan popular pada setiap Khamis itu bukanlah di bawah pengawalan tanggung jawab oleh kementeriannya.

“Ia bukan pun program (kementerian) saya, maka, bagaimana pula orang boleh buat cerita kata saya yang suruh tukar ahli panel tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kelmarin, pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa kononnya beliau tidak dibenarkan menjadi antara panel forum tersebut atas arahan daripada seorang menteri.

Hantaran tangkap layar perbualan ringkas melalui aplikasi Whatsapp mengenai larangan jemputan ke atas agamawan Cina mualaf  itu tular diperkatakan ramai warganet tempatan.

Bagaimanapun, dakwaan beliau kononnya rancangan bicarawara Islam itu dibatalkan tidak pula berlaku, sebaliknya bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi dalam nada berjenaka memaklumkan bahawa beliau tiada punca kuasa untuk menyekat mana-mana individu dalam program bukan kementeriannya.

“Orang di luar sana yang mungkin tidak faham akan bercakap macam-macam, tetapi, ramai tidak tahu, saya pun tiada punca kuasa untuk program sedemikian disiarkan,” jelasnya.

Terdahulu, beliau hadir untuk berucap buat julung kalinya pada Majlis Amanat Menteri di kementeriannya sejak dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 3 Disember lalu.

Forum Perdana Ehwal Islam diterbitkan oleh Bahagian Penyiaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak awal dekad 1980-an lagi dengan durasi siaran selama satu jam.

Pada malam tadi, program itu menyaksikan tempat Ridhuan digantikan oleh pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman dan bergandingan dengan Datuk Mohd. Kazim Elias.

Ia disiarkan secara langsung dari auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya, Selangor dengan ditaja Bank Islam Malaysia Berhad.

Penggantian Ridhuan juga disahkan oleh pendakwah mualaf terkenal, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman sosialnya tetapi menegaskan program itu ke udara seperti biasa. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending