Connect with us

Terkini

Elak Parlimen jadi sarkas, wakil rakyat perlu ‘disekolahkan’

Modul Sekolah Parlimen wajar diperkenalkan bagi memberikan pendedahan sebenar kepada suasana perjalanan urusan sidang Dewan Rakyat dalam kalangan wakil rakyat khususnya yang baharu di samping mengetahui proses penggubalan undang-undang di samping mengelakkan Parlimen menjadi gelanggang sarkas.

Wartawan TMT

Published

on

Elak Parlimen jadi sarkas, wakil rakyat perlu ‘disekolahkan’
Foto: Shahidan Kassim (kiri), Johari Abdul (tengah), Sany Hamzan
  • Modul Sekolah Parlimen wajar diperkenalkan bagi beri pendedahan sebenar kepada suasana perjalanan urusan sidang Dewan Rakyat dalam kalangan wakil rakyat khususnya yang baharu di samping mengetahui proses penggubalan undang-undang di samping elakkan Parlimen menjadi gelanggang sarkas.
  • Cadangan itu tidak bertujuan merendahkan martabat dan kedudukan wakil rakyat.
  • “New Zealand antara negara perkenalkan sekolah Parlimen memastikan 35 ahli Parlimen baharu negara itu memahami disiplin dan kaedah sebenar melaksanakan urusan di Parlimen.” – Pengarah Strategik Forward Malaysia, Jazlie Baharudin

 

PETALING JAYA: Modul Sekolah Parlimen wajar diperkenalkan bagi memberikan pendedahan sebenar kepada suasana perjalanan urusan sidang Dewan Rakyat dalam kalangan wakil rakyat khususnya yang baharu di samping mengetahui proses penggubalan undang-undang di samping mengelakkan Parlimen menjadi gelanggang sarkas.

Pengarah Strategik Forward Malaysia, Jazlie Baharudin berkata, apa berlaku di Parlimen baru-baru ini yang menyaksikan provokasi dan penggunaan perkataan tidak sepatutnya memberikan gambaran bahawa wujud keperluan agar Parlimen Malaysia mengadakan modul khas untuk menerangkan perjalanan urusan Dewan Rakyat dalam kalangan ahli Parlimen.

Ujarnya, cadangan itu sama sekali tidak bertujuan merendahkan martabat dan kedudukan wakil rakyat, namun wajar diperkenalkan bagi memberikan pendedahan sebenar kepada suasana dan dinamik sebenar di dalam Dewan.

“New Zealand antara negara yang memperkenalkan sekolah Parlimen dalam memastikan lebih 35 ahli Parlimen baharu negara itu dapat memahami disiplin dan kaedah sebenar dalam melaksanakan urusan di Parlimen. 

“Langkah pentadbiran Parlimen negara itu mengadakan kursus khas termasuk memanggil kalangan bekas ahli Parlimen memberikan nasihat, pandangan dan petua dalam mengendalikan urusan penggubalan undang-undang wajar dicontohi oleh Parlimen Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegur ahli-ahli Parlimen supaya untuk menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar batas peraturan yang ditetapkan semasa persidangan Dewan Rakyat dan tidak dijadikan sebagai tempat sarkas.

Dewan Rakyat yang berlangsung baru-baru ini kecoh apabila wakil rakyat mempertikaikan pembentangan usul percaya kepada Perdana Menteri yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pertikaian yang berlarutan sehingga sesi perbahasan usul itu turut menyaksikan beberapa Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang masing-masing mengeluarkan perkataan tidak berparlimen, ‘bodoh’, ‘beruk’ serta ‘penyamun’.

Dalam pada itu, Jazlie menambah, usaha untuk meminda banyak undang-undang yang disifatkan lapuk dan usang mesti dimulakan dengan kemahiran berdebat dan berbahas dalam kalangan ahli Parlimen bagi melihat kepada setiap inci perubahan diinginkan sejajar semangat dan keghairahan melaksanakan reformasi dan penambahbaikan institusi.

Justeru beliau melihat Modul Sekolah Parlimen wajar diperkenalkan sebelum sidang akan datang setelah melihat kepada sikap beberapa wakil rakyat dan seakan-akan meletakkannya sebagai satu keperluan yang mendesak. 

“Memang benar, dokumen Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat merupakan domain awam dan boleh diakses bila-bila masa, namun dinamik sebenar di dalam dewan adakalanya tidak seperti yang dimuktamadkan di dalam naskhah peraturan. 

“Di sebahagian negara maju Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat juga bukanlah sesuatu yang bersifat statik dan tidak berganjak. Parlimen United Kingdom misalnya mempunyai ikhtiar menambah baik peraturan mesyuarat yang dikaji dan diperbaharui secara berkala,” katanya.

Beliau menjelaskan jika usaha berlaku, Parlimen ke-15 akan memberikan nafas yang serba baharu kepada Parlimen Malaysia sekali gus kembali dihormati oleh setiap rakyat. – UTUSAN

 

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending