Connect with us

Terkini

Dana RM600b: ‘Tiada apa perlu diperjelaskan kerana tiada isu…’ – Tengku Zafrul

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan tiada apa yang perlu diperjelaskan mengenai isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan terdahulu.

Wartawan TMT

Published

on

Dana RM600b: 'Tiada apa perlu diperjelaskan kerana tiada isu...' - Tengku Zafrul
Foto: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
  • “Buat masa ini, tiada apa-apa panggilan daripada SPRM. Jika dipanggil, saya sedia memberi kerjasama. Apa yang lebih penting, tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada media.
  • Setakat ini, beliau tidak menerima panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan tiada apa yang perlu diperjelaskan mengenai isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan terdahulu.

Bekas Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri itu bagaimanapun menjelaskan, beliau sedia bekerjasama jika dipanggil memberi keterangan kepada mana-mana badan siasatan.

Setakat ini, katanya, beliau tidak menerima panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan media dijangka memanggil beliau bersama Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan salah guna dana terbabit.

“Buat masa ini, tiada apa-apa panggilan daripada SPRM. Jika dipanggil, saya sedia memberi kerjasama. Apa yang lebih penting, tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada media selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh, BYD ATTO 3, di sini hari ini.

Ditanya mungkin beliau mempunyai penjelasan berhubung isu perbelanjaan dana RM600 bilion itu, Tengku Zafrul berkata, tiada apa yang perlu diperjelaskan buat masa ini kerana tiada isu yang boleh dibangkitkan.

“Jika ada panggilan (untuk membantu siasatan), kita akan beri kerjasama. Begitu juga dengan Kementerian Kewangan (MOF),” katanya.

Selasa lalu, SPRM dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu terbabit selepas dimaklumkan oleh MOF bahawa terdapat beberapa ‘pelanggaran’ dalam perbelanjaan dana berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending