Connect with us

Terkini

Cabutan khas judi diturun kepada 8 kali berbanding 22 kali setahun

Kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun hadapan.

Wartawan TMT

Published

on

Cabutan khas judi diturun kepada 8 kali berbanding 22 kali setahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari 2023.
  • Ia selepas PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan cabutan khas perjudian itu dikurangkan berbanding 22 kali pada era pemerintahan kerajaan terdahulu.
  • “Hari ini saya mengarahkan supaya cabutan itu dikekalkan pada tahap lama iaitu lapan kali,” katan Anwar.
  • Pada 20 September tahun lalu, Menteri Kewangan ketika itu, mengesahkan kerajaan membenarkan kekerapan cabutan khas perjudian ditingkatkan menjadi 22 kali.
  • Sebelum itu, kerajaan PH menurunkan kekerapan cabutan khas menjadi 11 kali pada 2019 sebelum dikurangkan lagi kepada lapan kali pada 2020.

PUTRAJAYA – Kekerapan cabutan khas perjudian kembali diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari tahun hadapan.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan cabutan khas perjudian itu dikurangkan berbanding 22 kali pada era pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Hari ini saya mengarahkan supaya cabutan itu dikekalkan pada tahap lama iaitu lapan kali,” katanya menerusi sidang akhbar pasca mesyuarat kabinet pertama di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada 20 September tahun lalu, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kerajaan memberi kebenaran untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan menjadi 22 kali sepanjang tahun 2021.

Sebelum itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menurunkan kekerapan cabutan khas oleh syarikat perjudian menjadi 11 kali pada 2019 sebelum dikurangkan lagi kepada lapan kali pada 2020.

Bagaimanapun ia kembali menjadi 22 kali selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk pada akhir Februari tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/234768/berita/nasional/cabutan-khas-judi-dikurangkan-kepada-lapan-kali-setahun

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Johor tubuh jawatankuasa bertindak tangani penyalahgunaan kalimah Allah

Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (kiri) & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.
  • Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
  • Sebelum ini, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.
  • Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.
  • Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita.

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kenyataan itu berkata semua Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan Dan Kumpulan Industri hendaklah memberikan komitmen tinggi supaya isu sama tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam. 

Katanya, ia semakin membimbangkan kerana menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn Bhd dan yang terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.

Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.

Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending