Connect with us

Terkini

BERJASA puji ketegasan Menteri Pendidikan dalam isu UEC

Ketegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) wajar dipuji.

Wartawan TMT

Published

on

BERJASA puji ketegasan Menteri Pendidikan dalam isu UEC
Foto: Datuk Mohd Rosli Ramli.
  • Ketegasan KPM, Fadhlina Sidek wajar dipuji berhubung isu UEC.
  • Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli mengucapkan syabas kepada Menteri Pendidikan kerana berani bersuara dengan tegas.
  • Beliau mengingatkan bahawa isu UEC yang membelenggu rakyat tidak akan berhenti sebaliknya terus berulang dan mendesak. 
  • “Tapi yang peliknya, pihak mereka mudah sahaja dapat jumpa Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

BANGI, 21 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Ketegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) wajar dipuji.

Semalam, Fadhlina ketika Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pihaknya akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga akan dilihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manifesto Pakatan Harapan (PH) semata-mata,” katanya.

Menyambut baik perkara itu, Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli mengucapkan syabas kepada Menteri Pendidikan kerana berani bersuara dengan tegas.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa isu UEC yang membelenggu rakyat ini tidak akan berhenti sebaliknya terus berulang.

“Isu UEC ini isu yang berulang dan akan terus berulang. Mereka akan terus desak.

“Tapi yang peliknya, pihak mereka mudah sahaja dapat jumpa Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Dato’ Mohd Rosli Ramli.

Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Dong Zong juga memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Bahkan, pihak pertubuhan pendidikan Cina itu dilaporkan sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan berkenaan.

Sumber : Ismaweb

 

 

 

Author

Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending