Connect with us

Terkini

Afghanistan: Undang-undang syariah tidak melarang pendidikan ke atas wanita

Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Afghanistan: Undang-undang syariah tidak melarang pendidikan ke atas wanita
Foto: Dr Yasir Qadhi.
  • Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.
  • Beliau berkata demikian selepas pemerintah Taliban di Afghanistan tidak mengendahkan permintaan ulama paling dihormati untuk membuka peluang belajar di universiti kepada kaum wanita.
  • ā€œSungguh menyedihkan kuasa pemerintah di wilayah itu memutuskan untuk menutup semua pengajian tinggi untuk wanita.
  • ā€œMendidik wanita bukanlah masalah, ia adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat. Hanya Allah yang Maha Pemberi Kejayaan,ā€ katanya.

AMERIKA SYARIKAT – Sesiapa yang membuat dakwaan bahawa undang-undang syariah melarang wanita daripada pendidikan adalah salah, kata Dr Yasir Qadhi.

Yasir adalah penceramah dan Profesor Jabatan Pengajian Agama di Rodes College, Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian selepas pemerintah Taliban di Afghanistan tidak mengendahkan permintaan ulama paling dihormati Mufti Taqi Uthmani dari Pakistan untuk membuka peluang belajar di universiti kepada kaum wanita tidak diendahkan.

ā€œSungguh menyedihkan kuasa pemerintah di wilayah itu memutuskan untuk menutup semua pengajian tinggi untuk wanita.

ā€œSaya menyuarakan sentimen Mufti Taqi Uthmani: kami tidak berpihak kepada Islamofobia dan menumpukan perhatian kepada isu ini untuk agenda jahat mereka.Ā 

ā€œBagaimanapun, saya kecewa untuk melihat video dan membaca kisah ramai saudara perempuan kita yang ingin belajar, namun telah kehilangan peluang itu,ā€ katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata jika terdapat isu berkaitan persekitaran atau kurikulum, ia boleh diatasi dengan langkah-langkah penyelesaian.

ā€œBukannya mewujudkan masalah yang lebih besar dengan menghentikan pendidikan kepada ibu, saudara perempuan dan anak perempuan,” katanya.

Mengakui bukan berasal dari wilayah berkenaan (Afghanistan), Yasir berkata beliau tidak boleh bercakap secara spesifik dan hanya boleh bercakap sebagai orang luar.Ā 

ā€œMendidik wanita bukanlah masalah, ia adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam pembangunan dan kemajuan masyarakat. Hanya Allah yang Maha Pemberi Kejayaan,ā€ katanya. ā€“ The Merdeka Times

Sumber: Facebook Yasir Qadhi

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *