Connect with us

Terkini

UEC perlu kekal dalam pendidikan swasta sahaja – Datuk Dr Teo Kok Seong

Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) perlu kekal berada pada jalur pendidikan swasta dan tidak perlu memasuki sistem pendidikan awam, yang sudah lengkap dengan peperiksaan sedia ada.

Wartawan TMT

Published

on

UEC perlu kekal dalam pendidikan swasta sahaja - Datuk Dr Teo Kok Seong
Foto: Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • UEC perlu kekal berada pada jalur pendidikan swasta dan tidak perlu masuk sistem pendidikan awam, yang sudah lengkap dengan peperiksaan sedia ada.
  • Dong Zong tidak boleh diberi harapan palsu oleh pemimpin politik berhubung pengiktirafan UEC itu.
  • Kerajaan perlu beri ketegasan pengiktirafan UEC tidak boleh dilaksanakan, sekali gus menutup buku isu berkenaan. 
  • “UEC boleh terus memainkan peranan berikan sumbangan pada negara dalam saluran pendidikan swasta dan tidak adil jika mereka masuk peperiksaan itu diiktiraf seperti pendidikan awam.” – Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

KUALA LUMPUR: Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) perlu kekal berada pada jalur pendidikan swasta dan tidak perlu memasuki sistem pendidikan awam, yang sudah lengkap dengan peperiksaan sedia ada.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata pihaknya berharap kerajaan kelak boleh memberikan ketegasan bahawa pengiktirafan UEC tidak boleh dilaksanakan, sekali gus menutup buku isu berkenaan.

Justeru, katanya, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak boleh diberikan harapan palsu oleh pemimpin politik berhubung pengiktirafan UEC itu.

“Mereka mahu belajar dalam bahasa Cina, teruskan kerana ia dibenarkan. Tetapi, mengapa akhirnya mereka nak masuk dalam pendidikan kerajaan (melalui pengiktirafan)?

“Kerajaan tidak sepatutnya melayan dari awal perkara seperti ini. Saya lihat ia seperti mencari penyakit sendiri, dari awal sepatutnya cakap tidak boleh.

“Sebelum ini, dikatakan tidak cukup syarat untuk iktiraf UEC kerana tidak ada subjek Bahasa Melayu. Selepas mereka memasukkan Bahasa Melayu, tiada subjek Sejarah pula. Tidak sepatutnya mereka diberikan harapan palsu,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, Dong Zong memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional selepas sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada masa sama, Kok Seong berkata, pihaknya melihat tuntutan Dong Zong adalah rakus sedangkan sepatutnya mereka perlu kekal berada pada kedudukan sekarang.

Beliau berkata, UEC boleh terus memainkan peranan memberikan sumbangan pada negara dalam saluran pendidikan swasta dan tidak adil jika mereka masuk peperiksaan itu diiktiraf seperti pendidikan awam.

“Mengapa mereka mahu tuntut pengiktirafan? Mereka boleh terus mengamalkan pembelajaran itu dengan tiada siapa halang. Cukuplah pengiktirafan peperiksaan pada sektor pendidikan awam.

“Tindakan mereka ini seolah-olah menerjah kerajaan. Ia adalah sesuatu tidak sopan kerana Kabinet belum dibentuk, jadi ia kelihatan tidak beradab. Kalaupun mahu tuntut, tunggulah sehingga semuanya selesai dahulu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut of Excellent Teachers and Leader in Education (IETLE) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr R Arimugam, berkata tiada keperluan untuk mengiktiraf UEC kerana sistem peperiksaan sedia ada sudah mencukupi.

Beliau berkata, peperiksaan sedia ada khususnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah mempunyai kualiti tinggi, yang tidak memerlukan pengiktirafan terhadap sistem yang lain.

“Terlalu awal untuk membuat gesaan semula dan cara itu dilihat tidak betul. Perlu diambil perhatian dan tidak boleh secara terburu-buru.

“Bagi melaksanakan suatu perubahan, ia perlu melalui proses timbang tara dan selagi ada pihak yang menolak ia perlu terus dikaji,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending