Connect with us

Terkini

Saham judi, arak melonjak tinggi

Saham judi dan arak melonjak tinggi dalam dagangan petang ini (24 November), selepas jualan besar-besaran dalam beberapa hari lepas, susulan pengumuman Istana Negara bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh.

Wartawan TMT

Published

on

Saham judi, arak melonjak tinggi
  • Sehingga jam 3.39 petang semalam saham syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd pada RM1.24 atau 5.32 peratus lebih tinggi pada RM24.56. Ia berada pada kedudukan kedua teratas hari itu.
  • Syarikat arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd – saham mencatat keuntungan ketiga terbesar – menokok 86 sen atau 3.91 peratus kepada RM22.86.
  • Saham perjudian, Magnum Bhd naik 13 sen atau 10.08 peratus pada RM1.42 setiap satu, manakala Sports Toto Bhd naik lapan sen atau 5 peratus kepada RM1.69.
  • Syarikat perjudian Genting Bhd naik 28 sen atau 6.65 peratus kepada RM4.49 sesaham, manakala saham Genting Malaysia Bhd naik 22 sen atau 8.73 peratus pada RM2.74 setiap satu.
  • Semua syarikat ini mengalami kerugian dalam tiga hari terakhir dagangan, dengan nilai pasaran gabungan RM3.38 bilion, setelah PAS menang besar dengan 49 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November lalu.

Saham judi dan arak melonjak tinggi dalam dagangan petang ini (24 November), selepas jualan besar-besaran dalam beberapa hari lepas, susulan pengumuman Istana Negara bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kesepuluh.

Sehingga jam 3.39 petang tadi (24 November) saham syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd pada RM1.24 atau 5.32 peratus lebih tinggi pada RM24.56. Ia berada pada kedudukan kedua teratas hari itu.

Satu lagi syarikat arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd – saham yang mencatat keuntungan ketiga terbesar – menokok 86 sen atau 3.91 peratus kepada RM22.86.

Saham perjudian, Magnum Bhd naik 13 sen atau 10.08 peratus pada RM1.42 setiap satu, manakala Sports Toto Bhd naik lapan sen atau 5 peratus kepada RM1.69.

Syarikat perjudian Genting Bhd naik 28 sen atau 6.65 peratus kepada RM4.49 sesaham, manakala saham Genting Malaysia Bhd naik 22 sen atau 8.73 peratus pada RM2.74 setiap satu.

Semua syarikat ini mengalami kerugian dalam tiga hari terakhir dagangan, dengan nilai pasaran gabungan RM3.38 bilion, setelah PAS menang besar dengan 49 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November lalu.

Kemenangan itu dilihat mendorong penyusutan saham-saham berkaitan syarikat arak dan perjudian.

Menurut laporan Bloomberg, sebelum ini saham pengendali kasino dan resort Genting Malaysia Bhd menjunam sebanyak 11 peratus, paling tinggi dalam tempoh lebih dua tahun, di tengah-tengah penjualan yang lebih meluas dalam ekuiti negara.

Syarikat induknya Genting Bhd pula susut sebanyak 10 peratus manakala pembekal peralatan loteri Sports Toto Bhd mencecah paras terendah sejak 1993.

Saham syarikat pembuat arak, termasuk Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd juga merosot.

Sumber : Agenda Daily

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending