Connect with us

Terkini

PRN serentak di enam negeri, Sanusi setuju untuk berbincang

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama pimpinan lima negeri lain untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.

Wartawan TMT

Published

on

PRN serentak di enam negeri, Sanusi setuju untuk berbincang
Foto: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah
  • Kerajaan negeri Kedah bersetuju mengadakan perbincangan bersama pimpinan lima negeri lain untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.
  • Cadangan tersebut bertujuan memudahkan proses pilihan raya dijalankan termasuk pergerakan pengundi luar untuk  pulang mengundi selain kos dikeluarkan oleh SPR.
  • “Persiapan parti bertanding pun boleh fokus kepada negeri masing-masing, kalau satu negeri sahaja buat (pilihan raya) nanti banyak pulak cuti, petugas parti kena cuti, kalau serentak boleh fokus tempat masing-masing (ia akan) jadi macam PRU balik, kalau (laksana serentak di) enam negeri.- Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

KULIM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa pihak kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama pimpinan lima negeri lain untuk mengadakan pilihan raya negeri secara serentak.

Menurutnya, cadangan berkenaan akan memudahkan proses pilihan raya dijalankan termasuk pergerakan pengundi luar untuk pulang mengundi selain kos yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat menyatakan bahawa negeri-negeri yang dipimpin Pas perlu mendapatkan persetujuan Pas Pusat.

“Pada asasnya saya bersetuju, walau bagaimanapun (ia) kena bawa kepada pertimbangan pihak parti, kalau Pas Pusat setuju, saya tidak ada masalah, bagi pihak negeri, pilihan raya bersama lebih baik untuk bagi peluang kepada semua (anak perantau untuk) balik, dan cuti (diberikan) serentak.

“Persiapan parti bertanding pun boleh fokus kepada negeri masing-masing, kalau satu negeri sahaja buat (pilihan raya) nanti banyak pulak cuti, petugas parti kena cuti, kalau serentak boleh fokus tempat masing-masing (ia akan) jadi macam PRU balik, kalau (laksana serentak di) enam negeri.

“Kalau satu negeri (sahaja diadakan pilihan raya), orang Kedah kata ‘pakat pi kerumun’ di situ, tentu (akan) jadi kelam kabut,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika ditemui media selepas mengiringi calon PN bagi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

Advertisement

Semalam, Kerajaan Pulau Pinang terbuka untuk berbincang dengan Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan serentak, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan bersama.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, mengikut perlembagaan, DUN Pulau Pinang akan tamat pada 2 Ogos 2023 dan PRN perlu diadakan dalam 60 hari selepas itu.

Sumber: Astro Awani

 

Teruskan Membaca




Terkini

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT – Dira Abu Zahar

Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin UMNO perlekeh Melayu-Islam di mesyuarat MKT - Dira Abu Zahar
Foto: Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
  • Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.
  • “Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam”.
  • Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

KUALA LUMPUR – Kepentingan orang Melayu-Islam di Malaysia diperlekeh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan pada Rabu.

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menerusi hantaran di stories Instagram miliknya semalam.

“Masih terngiang-ngiang di telinga, jelas di mata… suara-suara pemimpin UMNO yang memperlekehkan kepentingan orang Melayu Islam di Malaysia ini dalam meeting MKT semalam,” kata beliau dalam hantaran IG itu.

Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Foto: Tangkap layar hantaran story Instagram Dira Abu Zahar

Khaidhirah turut memetik beberapa petikan ayat yang difahamkan daripada pemimpin UMNO yang didakwa iaitu, “Tak perlu dah jaga orang Melayu ini.” dan “All this are bullshit.

Difahamkan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dimaksudkan adalah pada 23 November 2022 yang diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu diketuai oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berakhir dengan kata putus bahawa parti gabungan itu akan menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

Turut hadir sama, adalah Datuk Seri Ahmad Maslan (Setiausaha Agung UMNO), Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Pengerusi BN), Datuk Bung Mokhtar Radin (Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan), dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Isham Abdul Jalil, Datuk Jalaluddin Alias, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, serta Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending