Terkini
Dong Zong jangan rakus desak kerajaan iktiraf UEC
Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diingatkan supaya tidak terlalu rakus menuntut perkara yang sia-sia dan boleh menyebabkan sistem pendidikan negara terganggu dengan mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau Unified Examination Certificate (UEC) Sekolah Menengah Cina bebas.

- Dong Zong diingatkan supaya tidak terlalu rakus mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil UEC Sekolah Menengah Cina bebas.
- Ketua Wira Perkasa, Muhamad Syafiq Ibrahim berkata tindakan itu boleh mengancam keharmonian selain mengakibatkan jurang kaum semakin besar.
- “Jelas dan nyata, pengiktirafan terhadap UEC tidak wajar dan sangat bercanggah dengan aspirasi dasar pendidikan dan dasar kebudayaan kebangsaan.
- “Menteri Pendidikan yang bakal dilantik juga perlu sentiasa fokus kepada usaha memperkasakan sistem institusi pendidikan negara,” katanya.
- Muhamad Syafiq turut mengingatkan ahli politik agar mengambil kira mengenai kesan UEC terhadap tanah air dan generasi akan datang.
Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diingatkan supaya tidak terlalu rakus menuntut perkara yang sia-sia dan boleh menyebabkan sistem pendidikan negara terganggu dengan mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama atau Unified Examination Certificate (UEC) Sekolah Menengah Cina bebas.
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Muhamad Syafiq Ibrahim berkata, tindakan itu boleh mengancam keharmonian selain mengakibatkan jurang kaum semakin besar, disebabkan perbezaan silibus dan bahasa di negara ini.
Katanya, tindakan sedemikian jika dibenarkan adalah satu bentuk langkah ke belakang dan Menteri Pendidikan yang bakal dilantik nanti diingatkan agar tidak sesekali melayan tuntutan pelaksanaan UEC.
“Jelas dan nyata, pengiktirafan terhadap UEC tidak wajar dan sangat bercanggah dengan aspirasi dasar pendidikan dan dasar kebudayaan kebangsaan. Menteri Pendidikan yang bakal dilantik juga perlu sentiasa fokus kepada usaha memperkasakan serta menambah baik sistem institusi pendidikan negara.
“Adalah lebih baik sistem pendidikan di negara ini disatukan dalam satu aliran saja dan jika itu dilaksanakan, sudah tentu perpaduan kaum di Malaysia akan menjadi lebih baik dan terjamin buat generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Dong Zong akan bertemu dengan Menteri Pendidikan baharu untuk memberi cadangan supaya mengiktiraf UEC.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dong Zong, Leong Seng Yee, pihaknya akan meminta kerajaan mempertimbangkan perkara itu kerana sijil tersebut sudah diterima di universiti swasta dan luar negara.
Muhamad Syafiq dalam pada itu turut mengingatkan kalangan ahli politik yang ‘bersembunyi’ di sebalik isu pengiktirafan UEC agar tidak mengamalkan politik sempit hanya untuk kepentingan peribadi, tanpa mengambil kira mengenai kesannya terhadap tanah air dan generasi akan datang.
“Jangan kerana orang politik, dasar pendidikan negara menjadi mundur. Negara perlu mengamalkan hanya satu sistem aliran pendidikan kebangsaan saja yang diseragamkan dan disepadukan dengan baik bagi menyatukan semua kaum.
“Dalam masa sama, bahasa Melayu perlu terus didaulatkan dan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan perlu terus dilaksanakan dengan menjadi bahasa pengantar utama semua masyarakat di Malaysia,” katanya. – UTUSAN
Sumber: Utusan
Antarabangsa
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.

- Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
- Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
- Keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
- Panel Dewan mendengar pengalaman diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang berkongsi dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa sepanjang berada di dalam kem tersebut.
WASHINGTON: Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang China.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Beijing melakukan penderaan, termasuk buruh paksa, pengawasan besar-besaran dan menempatkan sejuta atau lebih etnik Uyghur yang kebanyakan Islam dalam rangkaian kem tahanan di Xinjiang.
Ahli Kongres, Mike Gallagher yang juga Pengerusi Republikan Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan mengenai Parti Komunis China (PKC), memberitahu pemberita sebelum perbicaraan, keadaan di Xinjiang ‘sepatutnya memberi amaran kepada dunia mengenai kepimpinan di bawah PKC’.
China bersungguh-sungguh menafikan penderaan di Xinjiang dan berkata, ia menubuhkan ‘pusat latihan vokasional’ untuk membendung keganasan, pemisahan dan radikalisme agama.
Perbicaraan itu adalah yang terbaru dalam siri acara yang dirancang untuk dua tahun akan datang, manakala Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan untuk meyakinkan rakyat Amerika, bahawa mereka perlu mengambil berat untuk menyaingi China dan untuk ‘memisahkan secara terpilih’ ekonomi negara.
Panel Dewan mendengar pengalaman yang diceritakan seorang wanita Uyghur, Gulbahar Haitiwaji yang bercakap melalui penterjemah, apa yang dikatakannya selama bertahun-tahun di kem di mana dia menghadapi penderaan dan pendidikan patriotik yang dipaksa.
Etnik Uzbekistan, Qelbinur Sidik yang ditugaskan sebagai guru di kem sedemikian melalui penterjemah, turut menggambarkan keadaan seperti penjara yang menurutnya tahanan menghadapi penyeksaan dan soal siasat.
Kedua-dua wanita itu berjaya melakukan perjalanan ke Eropah dan kini mereka menetap di sana.
Keterangan juga didengar daripada peguam terkemuka Amerika Uyghur, Nury Turkel dan penyelidik Jerman, Adrian Zenz, yang berusaha mendokumentasikan tahap kem tahanan di Xinjiang dan Naomi Kikoler dari Muzium Memorial Holocaust AS.
Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu, berkata saksi yang dirancang jawatankuasa itu telah ‘mencipta pembohongan berkaitan Xinjiang’ berdasarkan motif politik tersembunyi.
“Kami berharap rakyat Amerika dapat mengenali wajah sebenar pasukan anti-China ini dan tidak terpedaya dengan khabar angin dan pembohongan,” kata Liu sambil menambah, hak asasi manusia semua kumpulan etnik di Xinjiang sudah ‘dilindungi sepenuhnya’.
Kerajaan AS dan parlimen di Britain, Kanada dan negara lain menyifatkan pencegahan kelahiran dan dasar penahanan besar-besaran China di Xinjiang sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu menyatakan China mungkin sudah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan di rantau itu.
Jawatankuasa dwipartisan tidak akan menulis undang-undang tetapi akan membuat cadangan dasar, pada garis masa keras terhadap China adalah salah satu daripada beberapa dasar dengan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS yang sangat berpecah belah.
Kikoler dari muzium holocaust berkata, kerajaan China menggunakan taktik halus untuk ‘memusnahkan orang Uyghur dengan sengaja’ termasuk pengawasan dan penahanan besar-besaran, penyeksaan, pemindahan kanak-kanak dan mengehadkan kelahiran.
Zenz berkata, walaupun kerajaan China mengatakan pihaknya menutup kem di Xinjiang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun ia adalah pusat ‘pendidikan semula’ keselamatan rendah, selain ada perluasan serentak penjara dengan keselamatan lebih tinggi atau kemudahan buruh paksa.
“Kita boleh mengandaikan ratusan ribu sudah dipindahkan ke kemudahan ini, yang telah diperluaskan secara dramatik,” katanya sambil menyatakan terdapat tanda-tanda tahanan beramai-ramai memuncak pada 2018. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
-
Antarabangsa2 days ago
10 hakim berdepan hukuman mati di Arab Saudi
-
Terkini2 days ago
Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
-
Antarabangsa2 days ago
Kumpulan hak asasi manusia tuduh Beijing bunuh,dera etnik Uyghur Muslim di kem tahanan Xinjiang
-
Antarabangsa2 days ago
Peguam nafi Zakir Naik diusir dari Oman