Connect with us

Terkini

Apakah kerajaan perpaduan?

Kemelut pembentukan kerajaan mungkin sedikit reda apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan menjadi Perdana Menteri ke-10, pada hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Apakah kerajaan perpaduan?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kemelut pembentukan kerajaan mungkin sedikit reda apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan menjadi Perdana Menteri ke-10, pada hari ini.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar parti dan gabungan politik mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut pembentukan kerajaan pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang diterajui PH.

Namun, masih juga yang kurang jelas apa itu kerajaan perpaduan?

Secara lazimnya, istilah Kerajaan Perpaduan merujuk kepada model Government of National Unity (GNU) atau istilah popularnya iaitu Kerajaan Perpaduan (UG).

Kerajaan perpaduan menggambarkan percaturan perkongsian kuasa institusi formal yang bertujuan menyediakan keselamatan dan kestabilan politik di negara-negara yang berkonflik. 

Menurut Governance, Social Development, Humanitarian and Conflict5 (2009), kerajaan perpaduan adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada semua pihak atau kesemua pihak utama dalam legitimasi. Pihak-pihak ini biasanya terbentuk semasa berlakunya konflik atau darurat.

Pembentukan GNU adalah berasaskan semua parti politik utama tidak kira pro-kerajaan atau pro-pembangkang yang merupakan sebahagian daripada parti pemerintah untuk bersama-sama mentadbir negara dalam sistem parlimen. 

Ketika ini, konsep GNU telah diaplikasi dalam pembahagian kuasa pentadbiran kerajaan di Kanada, United Kingdom, Belgium, Cyprus, Zimbabwe, Republik Demokratik Congo, Somalia, Sudan, Afrika Selatan, Mozambique, Ivory Coast, Palestin, Yemen, Macedonia dan Burundi.

Konsep kerajaan perpaduan ini dilihat antara konsep yang dikemukakan dalam amalan kerjasama politik di Malaysia yang bertujuan untuk menangani cabaran perpaduan dalam masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama terutama dalam kalangan orang Melayu.

Ia juga dapat disaksikan apabila suasana politik selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) mendorong Presiden PAS ketika itu mencadangkan kerjasama politik dalam bentuk baru, pada 2009.

Konsep tersebut secara umumnya menuntut supaya Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR) pada peringkat pembentukan kerajaan persekutuan

Namun, konsep kerajaan perpaduan ini tidak menjadi realiti kerana parti-parti komponen dalam PR seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Seiring itu juga kita dapat menyaksikan, Tun Dr Mahathir pernah mencadangkan konsep yang sama semasa beliau menjadi Perdana Menteri sementara pada Februari 2020, iaitu ketika kemelut politik tercetus susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Berbalik kepada konflik politik hari ini, susulan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali lagi konsep kerajaan perpaduan menjadi hangat apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

Ini berikutan, buat pertama kali dalam sejarah negara, keputusan PRU berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan parti politik mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Persekutuan. 

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

PRU15 pada 19 November menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi; PN 73 kerusi; BN (30); GPS (23); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Warisan (tiga); Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.

Adakah kerajaan perpaduan menjamin kestabilan politik negara?

Sama-sama kita nantikan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Waran tangkap Netanyahu mungkin dikeluarkan, Israel adakan “perbincangan kecemasan”

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.
  • Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 
  • Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.
  • Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan ini semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock baru-baru ini.

Israel dilapor mengadakan “perbincangan kecemasan” pada Selasa untuk menangani kemungkinan pengeluaran waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Media Israel melaporkan pengeluaran waran tangkap itu termasuk ke atas pemimpin politik dan tentera Israel yang lain atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza.

Memetik laporan Channel 12 Israel, The Times of Israel (TOI) berkata tiga menteri dan beberapa pakar undang-undang kerajaan bersidang untuk “perbincangan kecemasan” di Pejabat Perdana Menteri untuk menangani ancaman waran tangkap itu. 

Mesyuarat tergempar itu dilaporkan didorong oleh risikan yang diterima di Israel menunjukkan bahawa penangkapan itu berkemungkinan untuk berlaku.

Menurut laporan, Netanyahu turut membangkitkan kebimbangan itu semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron dan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, baru-baru ini.

Dalam perbincangan pada Selasa melibatkan Menteri Luar Israel Katz, Menteri Kehakiman Yariv Levin dan Menteri Hal Ehwal Strategik Ron Dermer, Israel dilapor memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada kalangan diplomatik antarabangsa yang berpengaruh untuk mengatasi kemungkinan pengeluaran waran tangkap itu.

Menurut TOI, Tel Aviv bimbang “waran tangkap akan dikeluarkan berdasarkan krisis kemanusiaan di Gaza, dengan negara yang mendakwa Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva ke-4 dikatakan mengetuai usaha itu”.

Terdahulu, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar undang-undang antarabangsa berulang kali mengkritik ICC kerana lambat mengendalikan pendakwaan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang Israel di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending