Connect with us

Terkini

Anwar diminta bincang dahulu sebelum kecilkan Jemaah Menteri

Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Anwar Ibrahim berbincang dengan ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua setiausaha kementerian (KSU) yang ada ketika ini sebelum mengecilkan saiz Jemaah Menteri.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar diminta bincang dahulu sebelum kecilkan Jemaah Menteri
Foto: Adnan Mat, Presiden Cuepacs
  • Cuepacs minta Anwar Ibrahim berbincang dengan KSN dan KSU yang ada ketika ini sebelum kecilkan saiz Jemaah Menteri.
  • Presiden Adnan Mat berkata pemerintah harus berbincang dengan pihak berkenaan bagi pastikan dasar yang baik dan bermanfaat kepada rakyat “tidak dibuang begitu sahaja hanya disebabkan mahu kurangkan saiz Jemaah Menteri semata-mata.”
  • Cuepacs juga tidak mahu keputusan terburu-buru mengganggu akan memberi kesan kepada dasar-dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam terganggu.
  • Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung tidak dapat mencapai hasil yang diingini.

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Anwar Ibrahim berbincang dengan ketua setiausaha negara (KSN) dan ketua setiausaha kementerian (KSU) yang ada ketika ini sebelum mengecilkan saiz Jemaah Menteri.

Presiden Adnan Mat berkata pemerintah harus berbincang dengan pihak berkenaan bagi memastikan dasar yang baik dan bermanfaat kepada rakyat “tidak dibuang begitu sahaja hanya disebabkan mahu mengurangkan saiz Jemaah Menteri semata-mata.”

“Cuepacs juga tidak mahu keputusan terburu-buru mengganggu akan memberi kesan kepada dasar-dasar semasa yang sedang dilaksanakan penjawat awam terganggu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada pencapaian atau sesetengah dasar itu akan tergantung tidak dapat mencapai hasil yang diingini,” katanya dalam kenyataan.

Adnan mengambil maklum ahli-ahli politik ketika berkempen pada PRU lalu berjanji mengecilkan saiz Jemaah Menteri atau jumlah menteri sekiranya diberi mandat.

Beliau berkata perbincangan dengan KSN dan para KSU perlu bagi mengelakkan keputusan yang memberi keasn tidak baik kepada jentera pentadbiran kerajaan.

“Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang pada akhirnya mencemarkan nama baik penjawat awam selaku kumpulan pelaksana,” tambahnya.

Sumber: Free Malaysia Today 

 

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending