Connect with us

Terkini

Anwar beri jaminan pelihara hak Melayu, kedudukan Islam

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan akan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar beri jaminan pelihara hak Melayu, kedudukan Islam
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Gabungan parti dan kerajaan perpaduan akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak dan Sabah, tidak akan dipinggirkan di bawah pentadbirannya.
  • Juga tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan perpaduan akan tetap menjunjung semangat Perlembagaan.

KAJANG: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan akan melindungi hak orang Melayu dan kedudukan Islam.

Bercakap dalam sidang media pertamanya selepas dilantik menerajui negara, katanya, gabungan itu dan kerajaan perpaduannya akan mendukung hak orang Melayu dan kedudukan Islam yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bersyukur pada Allah kerana menyaksikan perubahan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

“Seperti dijelaskan, perubahan itu bukan sosok atau barisan kepimpinan baharu, tetapi untuk beri harapan baharu kepada rakyat. Henti rasuah dan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.”

Anwar berkata, rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak dan Sabah, tidak akan dipinggirkan di bawah pentadbirannya.

“Saya mahu menekankan saya ialah perdana menteri kepada rakyat Malaysia berbilang kaum supaya kita boleh menyatupadukan negara.”

Katanya, beliau masih tegas dalam usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Pakatan Harapan (PH) serta kerajaan perpaduan akan tetap menjunjung semangat Perlembagaan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau juga tidak akan bertolak ansur dalam menjamin hak semua rakyat Malaysia dan mengiktiraf semua agama.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending