Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Sekolah dan kanak-kanak Palestin kini sasaran kezaliman rejim zionis

Ramai kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan dan kesukaran bernafas selepas tentera Israel menyerbu dan melepaskan gas pemedih mata di sebuah sekolah rendah di selatan Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Sekolah dan kanak-kanak Palestin kini sasaran kezaliman rejim zionis
Foto: Sumbers ParsToday.

Hebron – Ramai kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan dan kesukaran bernafas selepas tentera Israel menyerbu dan melepaskan gas pemedih mata di sebuah sekolah rendah di selatan Tebing Barat.

Pengetua Sekolah Rendah al-Khalil, melaporkan bahawa berpuluh-puluh askar rejim Israel menyerbu pusat pendidikan, yang terletak berhampiran Masjid Ibrahimi pada pagi Rabu, lapor Pars Today News. 

Tentera rejim zionis kemudian melontar beberapa tong gas pemedih mata dan mengejar kanak-kanak ketika mereka meninggalkan sekolah untuk pulang.

Dilaporkan ramai kanak-kanak terhidu gas pemedih mata, manakala yang lain terjatuh dan mengalami luka dan lebam ketika melarikan diri kerana takut dicedera.

View this post on Instagram

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@merdekatimes_)

Advertisement

Kejadian itu berlaku kurang seminggu selepas tentera Israel menyerbu sebuah lagi sekolah rendah di bandar Tebing Barat yang diduduki dan melancarkan serangan tanpa provokasi terhadap guru dan pelajar di sana.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan di al-Khalil, Atef al-Jamal berkata, tentera Israel menyerbu Sekolah Rendah al-Hajriya pada 29 September lalu dan bertindak memecah masuk ke dalam bilik darjah sehingga menyebabkan pelajar panik dan ketakutan.

Insiden itu berlaku pada hari yang sama seorang budak lelaki Palestin meninggal dunia akibat kegagalan jantung ketika dikejar oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber: ParsToday

Author

Advertisement

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending