Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Rishi Sunak gelar Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’

Perdana Menteri (PM) Britain, Rishi Sunak mengejutkan dunia apabila menggelarkan Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Rishi Sunak gelar Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’
Foto: Perdana Menteri (PM) Britain, Rishi Sunak.

LONDON – Perdana Menteri (PM) Britain, Rishi Sunak mengejutkan dunia apabila menggelarkan Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’.

Beliau juga berjanji menyokong rang undang-undang di parlimen menentang gerakan ‘Boycott, Divestment and Sanctions’ (BDS).

Sunak adalah warga Britain berketurunan India pertama memegang jawatan politik tertinggi dalam sejarah pemerintahan negara itu.

Beliau juga bertegas menentang peningkatan drastik dalam insiden anti-Yahudi yang bermula lebih setahun lalu. 

“Semua orang di seluruh Parlimen dan negara mesti mengambil pendirian yang teguh untuk menghapuskan antisemitisme dan saya berazam untuk memastikan musibah ini ke atas masyarakat kita dapat dihapuskan,” katanya.

Dalam temu bual dengan The Jewish Chronicle, Sunak memuji Israel sebagai “suara harapan yang bersinar”.

Walaupun PM baharu itu memberi amaran langkah kedutaan Britain di Israel akan melibatkan “sensitiviti” dan mungkin tidak akan dapat dicapai dengan segera.

Ternyata, kenyataannya meyakinkan ramai warga Israel, yang dihimpit ketidakstabilan dalam kerajaan di seluruh dunia.

Sunak menggalas tanggungjawab besar menyatukan partinya yang berpecah-belah dan menangguhkan cabaran daripada parti pembangkang yang kini mendahului dalam pilihan raya. 

Begitupun, merentasi spektrum politik di Israel, PM baharu berkenaan akan mendapat sokongan kumpulan terbabit.

Sumber: CBNNews 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending