Terkini
[VIDEO] Pemimpin kini tidak ‘walk the talk’, hanya pandai berlakon menjelang PRU – Ogy Ahmad Daud
Seniwati tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud berpandangan parti politik dan calon pemimpin pada dahulu kala lebih ‘walk the talk’ berbanding mereka hari ini yang dilihat lebih ramai gila glamor.
- Parti politik dan calon pemimpin dahulu kala lebih ‘walk the talk’ berbanding mereka hari ini dilihat lebih ramai gila glamor.
- “Definisi berlakon adalah apabila akan hadirnya pilihan raya mulalah mereka menampilkan diri bersua muka dengan rakyat tapi selepas itu dimanakah anda? So, that is not right! Itu bukan ciri-ciri seorang pemimpin,” – Ogy Ahmad Daud.
- “Saya inginkan pemimpin baharu, the young generation. The young blood. Mereka ini melihat dari segi perspektif berbeza. Kita harus menerima hakikat dan kenyataan kita perlukan pembaharuan. Zaman sudah berubah.”
- Pemimpin lama boleh jadi penasihat, pemantau dan mendidik pemimpin generasi baharu.
- “Saya akan pilih pemimpin yang tak rasuah, tak rasuah, tak rasuah. Yang paling amanah dan faham jikalau diberi tugasan dan tanggungjawab sebagai pemimpin anda akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan so be prepare jika anda dipilih.”
KUALA LUMPUR – Seniwati tanah air, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy Ahmad Daud berpandangan parti politik dan calon pemimpin pada dahulu kala lebih ‘walk the talk’ berbanding mereka hari ini yang dilihat lebih ramai gila glamor.
Beliau berkata, pemimpin dahulu akan membuktikan apa mereka nyatakan kepada rakyat sedangkan ia jauh berbeza dengan pemimpin hari ini yang disifatkan hanya tahu ‘berlakon’ sebaik sahaja menjelang pilihan raya.
Berikutan itu juga beliau kurang gemar jika golongan ini digelar sebagai pemimpin.
“Saya rasa bukan saya sahaja yang melalui fasa general election ini sebaliknya ramai lagi.
Lagi-lagi, mereka seusia dengan saya yang inginkan pemimpin yang konkrit bukan saja hanya berlakon.
Definisi berlakon disini adalah apabila akan hadirnya pilihan raya mulalah mereka menampilkan diri bersua muka dengan rakyat tapi selepas itu dimanakah anda? So, that is not right! Itu bukan ciri-ciri seorang pemimpin,” katanya kepada The Merdeka Times pada Selasa.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin mereka seharusnya memahami definisi pemimpin itu sendiri dan harus sedar bahawa tanggungjawab mereka akan dipersoalkan kelak.
Justeru itu, golongan pemimpin ini sepatutnya mengerjakan apa yang telah mereka katakan atau janjikan bukan sekadar bercakap-cakap tanpa sebarang tindakan.
Tegasnya, “Saya sebagai rakyat yang pergi mengundi saya nak pemimpin yang walk the talk, simple as that.
Waktu ini amat-amat sukar untuk melihat ada pemimpin sebegini. Saya inginkan pemimpin yang baru, the young generation. The young blood. Mereka ini melihat dari segi perspektif berbeza.
Kita harus menerima hakikat dan kenyataan kita memerlukan pembaharuan. Zaman sudah berubah.”
Bagaimanapun katanya, situasi tersebut tidak bermaksud kita perlu meminggirkan pemimpin lama sebaliknya mereka boleh menjadi penasihat, pemantau dan mendidik pemimpin generasi baharu kerana beliau sendiri yang ketika ini diusia awal 60-an mengharapkan negara ini dipimpin oleh anak muda.
Pada masa sama, beliau mengingatkan para pemimpin agar berlaku jujur kepada diri sendiri apakah perjuangan mereka yang sebenarnya sama ada ingin membantu rakyat atau sekadar ingin mendapatkan manfaat dengan berada dalam sesuatu parti.
“Kita kena jujur sebab rakyat sekarang semakin pandai. Kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan negara ini dan anda semua akan dipertanggungjawabkan so bagi saya parti as well as calon kedua-duanya memainkan peranan penting.
Kalau awak tidak boleh berdiri dalam sebuah parti yang menegakkan kebenaran, kejujuran, amanah, dan tidak mengamalkan rasuah, awak tidak sepatutnya berasa takut. You should go around everywhere,” kata beliau yang turut dikenali bersuara lantang dan tegas dalam menyuarakan sesuatu perkara.
Jelasnya, beliau tidak akan sesekali memilih pemimpin yang terlibat dengan kegiatan rasuah.
“Saya akan pilih pemimpin yang tak rasuah, tak rasuah, tak rasuah. Yang paling amanah dan memahami betul-betul jikalau suatu hari anda diberi tugasan dan tanggungjawab sebagai pemimpin anda akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan so be prepare jika anda dipilih,” katanya ketika mengulas berkenaan ciri pemimpin pilihan beliau. – The Merdeka Times