Connect with us

Terkini

Ramai calon UPKK gagal kuasai Jawi, Guru Besar mohon benar jawab dalam dwitulisan

Ramai calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini didapati masih gagal menguasai tulisan jawi dengan baik.

Wartawan TMT

Published

on

Ramai calon UPKK gagal kuasai Jawi, Guru Besar mohon benar jawab dalam dwitulisan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mereka tidak dapat kuasai kemahiran membaca dan menulis jawi.
  • Ia disebabkan murid-murid tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara sempurna susulan pandemik Covid-19, sebelum ini.
  • “Kesannya nanti murid-murid tidak sempat jawab peperiksaan UPKK dalam tempoh diberi atau ada yang tidak boleh menjawab langsung,” – Penasihat Persatuan Sahabat Kafa Negeri Sembilan.
  • Ia akan menyebabkan pencapaian keputusan UPKK tahun ini terjejas teruk.
  • Jakim diharap pertimbangkan cadangan calon UPKK tahun ini dibenarkan jawab dalam dwitulisan iaitu jawi dan rumi tanpa ada pemotongan markah daripada penanda kertas.

SEREMBAN – Ramai calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini didapati masih gagal menguasai tulisan jawi dengan baik.

Berkongsi perkara itu, Penasihat Persatuan Sahabat Kafa Negeri Sembilan, Zulkifli Muhamed berkata, ia disebabkan murid-murid tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara sempurna sebelum ini susulan pandemik Covid-19.

“Ramai guru Kafa yang berkongsi masalah ini dengan persatuan dan ia menimbulkan kebimbangan kerana ramai yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik.

“Kesannya nanti murid-murid tidak sempat menjawab peperiksaan UPKK dalam tempoh diberi atau ada yang tidak boleh menjawab langsung,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, keadaan itu akan menyebabkan pencapaian keputusan UPKK tahun ini terjejas teruk.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diharap dapat mempertimbangkan cadangan supaya calon UPKK tahun ini dibenarkan menjawab dalam dwitulisan iaitu jawi dan rumi.

“Persatuan mencadangkan agar tahun ini calon-calon dibenarkan menjawab secara dwitulisan tanpa ada pemotongan markah daripada penanda kertas.

Advertisement

“Kita juga mengharapkan Pegawas Peperiksaan diberi kebenaran membacakan semua arahan dalam kertas peperiksaan kepada semua calon sebelum memulakan peperiksaan,” katanya.

Zulkifli yang merupakan Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Bestari Taman Rasa Sayang berkata, pencapaian sijil UPKK merupakan dokumen bernilai kepada calon-calon terutama bagi yang berhasrat belajar Tingkatan Satu di sekolah agama.

Untuk rekod, UPKK sesi 2022 akan bermula pada 14 November ini.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending