Connect with us

Terkini

Putrajaya tidak akan berjaya tanpa Sabah, Sarawak – Presiden Parti Warisan

Sabah dan Sarawak boleh menjadi penentu atau ‘kingmaker’ kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan bulan depan.

Wartawan TMT

Published

on

Putrajaya tidak akan berjaya tanpa Sabah, Sarawak - Presiden Parti Warisan
Foto: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
  • Jika WARISAN menangi semua 25 kerusi di Sabah, ia akan beri kelebihan kepada parti itu tentukan Kerajaan Pusat bersama rakan di Sarawak.
  • “Jika kita menang banyak (kerusi), suara kita akan lebih kuat untuk didengar. Tuntutan hak kita (Sabah) akan didengari.” – Presiden Parti Warisan.
  • “Saya sudah berada dalam politik lebih 30 tahun. Putrajaya tidak akan berjaya tanpa Sabah dan Sarawak. Jika kita ada angka besar, Kuala Lumpur akan mahukan kita.” 
  • Kedua-dua negeri itu secara keseluruhan mempunyai 56 kerusi Parlimen iaitu masing-masing 31 di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah.
  • WARISAN terima sokongan masyarakat pelbagai kaum di Sabah termasuk Kadazandusun dan Murut (KDM).
  • “Mereka mahukan parti tempatan supaya suara mereka didengari dan dijamin.”

KOTA MARUDU – Sabah dan Sarawak boleh menjadi penentu atau ‘kingmaker’ kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka diadakan bulan depan.

Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata jika WARISAN memenangi semua 25 kerusi di Sabah, ia akan memberi kelebihan kepada parti itu dalam menentukan Kerajaan Pusat bersama rakan di Sarawak.

“Jika kita menang banyak (kerusi), suara kita akan lebih kuat untuk didengar. Tuntutan hak kita (Sabah) akan didengari.

“Saya sudah berada dalam politik lebih 30 tahun. Putrajaya tidak akan berjaya tanpa Sabah dan Sarawak. Jika kita ada angka yang besar, Kuala Lumpur akan mahukan kita,” katanya pada Jelajah WARISAN di Matunggong, di sini, pada Khamis.

Penyandang kerusi Parlimen Semporna itu mengulas kenyataan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, mengenai peluang parti Sabah dan Sarawak untuk menjadi ‘kingmaker’ dalam pembentukan kerajaan baharu selepas PRU-15.

Dr Sim berkata, Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen yang bermakna sesiapa sahaja yang mahu membentuk Kerajaan Persekutuan perlu melihat kepada Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negeri itu secara keseluruhan mempunyai 56 kerusi Parlimen iaitu masing-masing 31 di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, WARISAN menerima sokongan masyarakat pelbagai kaum di Sabah termasuk Kadazandusun dan Murut (KDM).

Katanya, maklum balas yang diterima parti itu khususnya menerusi program jelajahnya di sini dan beberapa tempat lain di seluruh negeri, sangat menggalakkan.

“Contohnya di Kalabakan, ada etnik seperti Murut dan esok saya akan ke Sipitang. Di sana ada etnik Brunei, Kadayan dan Lundayeh.

“Mereka mahukan parti tempatan supaya suara mereka didengari dan dijamin,” katanya.

Mengenai senarai calon WARISAN, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau akan menilai senarai calon terlebih dahulu untuk melihat siapa yang mampu memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat.

Beliau sebelum ini menyatakan hasrat WARISAN untuk bertanding di semua kerusi Parlimen di Sabah dan Labuan pada PRU-15.

Katanya, WARISAN juga sedia bekerjasama dengan parti tempatan, khususnya Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tidak kisah berkongsi kerusi dengan parti itu.

Perkara itu pernah dinyatakannya beberapa kali sebelum ini, namun pemimpin PBS, khususnya Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menolak pelawaan itu kerana komited untuk meneruskan kerjasama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending