Terkini
PRU-15: PH akan bekerjasama dengan MUDA
Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan kerjasama politik dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

- Ketetapan dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.
- “Permohonan Muda memasuki gabungan PH secara rasmi mungkin tidak sempat diperoses, kerana perlukan kelulusan RoS.” – Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan kerjasama politik dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikannya di Ibu Pejabat PKR, di sini pada Rabu.
Katanya lagi, permohonan Muda untuk memasuki gabungan PH secara rasmi mungkin tidak sempat diperoses, kerana ia memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), manakala tarikh PRU15 dijangka tidak lama lagi.
“Seperti mana diumumkan, ia akan diteruskan dan ada jawatankuasa sedang berunding untuk meletakkan beberapa perkara bagi persefahaman bersama, dan begitu juga berbincang seterusnya, kalau dipersetujui, tentang kerusi dan logo… dan kita tiada halangan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Mengulas mengenai keputusan berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri di bawah pentadbiran PH, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, Anwar berkata, tempoh masa telah diberikan untuk pimpinan negeri memperhalusi isu tersebut, dan kembali membawa pandangan ke peringkat Majlis Presiden.
“Kami masih terikat dengan keputusan Majlis Presiden PH. Tetapi perkara itu perlu dibincangkan semula secara terperinci bersama pucuk pimpinan parti masing-masing,” katanya lagi.
Anwar berkata, pimpinan pusat akan memberikan tempoh yang secukupnya kepada pimpinan negeri untuk melihat keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri, serentak dengan PRU15.
“Dalam hal-hal besar, sama ada pimpinan parti berbincang dulu, dan bawa ke Majlis Presiden, atau Majlis Presiden beri kerangka dasar utama, garis besar untuk dibawa kepimpinan parti masing-masing.
“Sebab ini melibatkan PKR dan DAP di Pulau Pinang, jadi akan bincang. setakat ni masih terikat dengan keputusan lalu,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS