Connect with us

Terkini

PKR nafi dakwaan ahli parti terlibat ejen Mossad

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan bahawa individu dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.

Wartawan TMT

Published

on

PKR nafi dakwaan ahli parti terlibat ejen Mossad
Foto: Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
  • PKR nafi dakwaan tular di media sosial individu dipercayai direkrut ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.
  • Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
  • Seorang wanita tempatan, 30, dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis lalu direkrut ejen Mossad sebelum tahun 2018, disyaki dalang kepada rangkaian perisikan Israel di dalam negara.
  • Susulan itu, tular di media sosial dakwaan individu dalam kes tersebut merupakan penyokong PKR.

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan bahawa individu dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

“Saya sudah semak, mereka sah bukan anggota PKR,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

Sebuah media tempatan pada Selasa melaporkan mengenai dakwaan kemasukan ejen daripada agensi perisikan negara Isarel yang didakwa bertujuan menculik seorang warga Palestin.

Menurut laporan terbabit, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, Mossad di Malaysia.

Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dipercayai ditahan kerana dikatakan terbabit dalam kes penculikan warga Palestin itu pada akhir September lalu.

Laporan tersebut turut menyatakan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018 dan disyaki menjadi dalang kepada rangkaian perisikan Israel di dalam negara.

Susulan daripada itu, tular di sosial media dakwaan bahawa individu terbabit dalam kes tersebut merupakan penyokong PKR.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Selasa meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung penculikan seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, 28 September lalu.

Menurut beliau, kesemua 11 suspek terlibat telah dituduh dan siasatan lanjut sedang dijalankan sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 15 Disember.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending