Connect with us

Terkini

Penguatkuasa agama kurang arif laksana tangkapan, saman – Pengerusi MAIWP

Penguatkuasaan undang-undang syariah perlu diangkat setanding dengan agensi lain bagi menjalankan fungsi dan peranan menyeluruh dalam membendung kegiatan berkait agama dan moral.

Wartawan TMT

Published

on

Penguatkuasa agama kurang arif laksana tangkapan, saman - Pengerusi MAIWP
Foto: Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar.
  • Penguatkuasaan undang-undang syariah perlu diangkat setanding dengan agensi lain agar membendung kegiatan berkait agama dan moral.
  • Badan pelaksana juga perlu bergerak seiring agar akta yang dikeluarkan dapat dilaksana. – Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar
  • Program ini merupakan satu usaha tepat dengan keperluan penguatkuasaan bertaraf tinggi, sesuai dengan masyarakat yang lebih cakna tentang undang-undang.
  • Satu seksyen khas jenayah syariah digital akan diwujudkan dalam penggubalan undang-undang syariah.

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan undang-undang syariah perlu diangkat setanding dengan agensi lain bagi menjalankan fungsi dan peranan menyeluruh dalam membendung kegiatan berkait agama dan moral.

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, selain daripada memperkenalkan dasar undang-undang baharu, badan pelaksana juga perlu bergerak seiring agar akta yang dikeluarkan dapat dilaksana dengan berkesan.

Menurutnya, penguat kuasa agama (PPA) dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seharusnya menjadikan agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penanda aras dalam bidang penguatkuasaan.

“Kita (PPA) perlu belajar daripada mereka yang berpengalaman dan lebih praktikal. Hari ini, kita mengetahui tentang akta tetapi mungkin kurang arif untuk menjalankan tangkapan, saman dan hak-hak orang yang tuduh.

“Jadi, program hari ini merupakan satu usaha tepat dengan keperluan penguatkuasaan bertaraf tinggi, sesuai dengan masyarakat yang lebih cakna tentang undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvesyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di Hotel Pullman, Bangsar di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd. Ajib Ismail, pakar perundangan syariah Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz, Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Ahli Dewan Negara, Senator Fadhlina Sidek.

Mengulas berkenaan penggubalan undang-undang syariah dalam talian, Mohd. Daud berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu seksyen khas jenayah syariah digital.

“Untuk perkara ini, kita perlukan kepakaran baru selain mesin ‘smart’ (pintar) yang mampu mengumpulkan data supaya kita boleh mengenal pasti bukti-bukti jenayah.

“Ini kerana, kegiatan dalam talian kadang-kadang melibatkan rumah tangga, isu tuduhan liar yang ada kaitan dengan agama. Secara peribadi , saya akui ini adalah cabaran yang besar,” ujarnya. 

Sumber: Kosmo!online

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending