Connect with us

Terkini

PAS pilih PN

PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

PAS pilih PN
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang
  • PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi PRU-15.
  • Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
  • PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

KUALA LUMPUR: PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

“Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat AJK PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu, di sini, hari ini yang berlangsung selama lebih tiga jam.

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU15.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU15.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan sebagai berkata cadangan PAS untuk bekerjasama bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan BERSATU dalam PRU15 sebagai satu taktikal penuh muslihat.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelasnya bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

“Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).

“Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama ‘totally’ (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

Ahmad Zahid sebelum ini menggesa PAS segera membuat keputusan berkenaan hasratnya untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15, namun mestilah mengikut syarat ditetapkan UMNO iaitu tidak mahu ada kerjasama dengan BERSATU.

Pada masa yang sama dilaporkan, PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber: Berita Harian 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending