Connect with us

Terkini

Nas Daily tidak guna pasport Israel masuk Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Oktober lepas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Nas Daily tidak guna pasport Israel masuk Malaysia
Foto: Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel, Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis.
  • Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.
  • Dia juga tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah peraturan Imigresen kerana menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis.

SEREMBAN – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Oktober lepas.

Beliau berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis, iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.

“Individu itu masuk dan keluar dari Malaysia menggunakan pasport yang sama (Saint Kitts and Nevis) dan difahamkan dia telah memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel.

“Dia juga tidak mempunyai kesalahan di bawah peraturan Imigresen sebab kelulusan untuk masuk di bawah pas pelancong boleh diberikan semasa ketibaannya yang menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 3P (Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan) anjuran Jabatan Penjara Malaysia.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin.

Khairul Dzaimee mengulas isu video yang tular di aplikasi TikTok berkenaan warga Israel itu yang teruja dapat memasuki negara ini.

“Sebenarnya, dia tidak menggunakan pasport Israel. Jika menggunakan pasport berkenaan sama sekali tidak dapat melepasi pintu masuk negara kita kerana diketahui Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.

Sumber: Bernama

 

Author