Connect with us

Terkini

Muafakat Nasional mampu wujudkan kestabilan politik

Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan kestabilan politik untuk memacu negara menghadapi kemelut ekonomi yang bakal melanda dunia tahun depan sekiranya gagasan ini diteruskan.

Wartawan TMT

Published

on

Muafakat Nasional mampu wujudkan kestabilan politik
Foto: Sumber Sinar Harian.
  • Muafakat Nasional(MN) mampu menstabilkan politik dalam menghadapi kemelut ekonomi negara.
  • Dengan memperkasakan politik Islam Melayu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah dengan ikhlas.
  • Tidak mengira agama, kaum dan budaya kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

SHAH ALAM – Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan kestabilan politik untuk memacu negara menghadapi kemelut ekonomi yang bakal melanda dunia tahun depan sekiranya gagasan ini diteruskan.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gagasan itu adalah langkah besar bagi memperkasakan politik Islam Melayu di negara ini.

“MN adalah impian ahli dua parti Islam terbesar di negara ini.

“Ia adalah piagam kesatuan umat berasaskan al-Quran dan al-Sunnah yang dimeterai bersama dengan tulus ikhlas,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Sehubungan itu, Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas meminta kedua-dua ahli parti berkenaan mendoakan agar MN menjadi platform terbaik untuk kesatuan umat.

“Ia perjuangan politik kita bersama. Jangan jemu untuk menyeru umat kepada muafakat,” tegas beliau.

Pas dan UMNO sebelum ini menjalin kerjasama apabila memeterai piagam MN pada 14 September 2019 sempena Himpunan Penyatuan Ummah.

Piagam itu antara lain bertujuan mengembangkan naratif Islam serta Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Selepas menandatangani piagam tersebut, hasil gabungan itu menyaksikan Pas dan UMNO menang tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK).

Namun, UMNO dilihat mula bersikap dingin dan tidak berpuas hati dengan Pas apabila parti diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang itu membentuk gabungan politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hingga hubungan kedua-dua parti itu dilihat semakin retak dan hampir terkubur.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid minggu lalu memberi kata dua kepada Pas sekiranya mahu meneruskan hasrat bekerjasama politik dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO menetapkan tiga syarat utama kepada Pas iaitu perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending