Antarabangsa
META enggan ulas alasan Instagram gantung akaun Eye on Palestine
Instagram menggantung sementara Eye on Palestine, akaun instagram dengan lebih tiga juta pengikut yang mengetengahkan isu pencabulan hak asasi manusia rejim Israel terhadap warga Palestin.
- Instagram menggantung sementara akaun Eye on Palestine kerana melanggar Garis Panduan Komuniti pada Rabu.
- Penggantungan dimaklumkan kepada pengguna menerusi hantaran tangkap layar dari akaun sandaran.
- Syarikat induk Instagram, Meta enggan mengulas mengenai alasan penggantungan itu ketika dihubungi pihak media.
- Penggantungan itu dibuat beberapa minggu selepas laporan dalaman Meta mendapati dasar Facebook dan Instagram ketika serangan rejim Israel ke atas Gaza pada Mei tahun lalu menjejaskan hak asasi rakyat Palestin.
Instagram menggantung sementara Eye on Palestine, akaun instagram dengan lebih tiga juta pengikut yang mengetengahkan isu pencabulan hak asasi manusia rejim Israel terhadap warga Palestin.
Sebuah akaun sandaran mengesahkan penggantungan itu dalam sebuah hantaran pada Rabu dengan memaparkan tangkap layar bertulis “Kami menggantung akaun anda pada 19 Oktober 2022. Anda mempunyai tempoh 30 hari untuk membantah keputusan ini. Akaun anda, ataupun aktivitinya, tidak mengikuti Garis Panduan Komuniti kami mengenai individu dan organisasi berbahaya.”
Middle East Eye melaporkan akaun instagram Eye on Palestine tidak dapat dilihat pengguna selama beberapa jam tetapi pulih seperti sediakala pada petang Rabu.
Syarikat induk Instagram, Meta, bagaimanapun tidak menjawab permintaan Middle East Eye untuk mengulas sebab di sebalik penggantungan itu.
Larangan sementara itu dibuat beberapa minggu selepas laporan dalaman Meta mendapati dasar Facebook dan Instagram ketika serangan rejim Israel ke atas Gaza pada Mei tahun lalu menjejaskan hak asasi rakyat Palestin.
Pada Mei 2021, Meta dituduh melakukan penapisan berat sebelah ketika serangan rejim Israel ke atas Gaza, mengorbankan 256 rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. Di Israel, 13 terbunuh akibat serangan roket Palestin, termasuk dua kanak-kanak.
“Tindakan Meta pada Mei 2021 nampaknya memberi kesan buruk terhadap hak asasi manusia, terhadap hak pengguna Palestin untuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, penyertaan politik dan tanpa diskriminasi serta keupayaan rakyat Palestin berkongsi maklumat dan pandangan tentang pengalaman mereka semasa serangan berlaku,” kata laporan itu.
Meta didapati memadamkan kandungan bahasa Arab berkaitan dengan keganasan tahun lalu pada kadar yang lebih tinggi berbanding kandungan bahasa Ibrani.
Laporan itu juga menyebut dasar Individu dan Organisasi Berbahaya – yang sama yang dilanggar oleh Eye on Palestine – lebih tertumpu kepada entiti Muslim dan itu memberi kesan tidak seimbang kepada rakyat Palestin.
Sumber: Middle East Eye
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR