Connect with us

Antarabangsa

Isu Palestin tidak sekadar konflik, PBB gesa tukar naratif ‘pendudukan haram’ Israel

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menyeru pertukaran naratif ‘konflik’ antara Israel dan Palestin yang dibawa oleh Barat kepada ‘pendudukan haram’ berikutan usaha antarabangsa yang semakin sukar untuk membebaskan negara Islam Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Isu Palestin tidak sekadar konflik, PBB gesa tukar naratif ‘pendudukan haram’ Israel
  • Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese seru pertukaran naratif ‘konflik’ antara Israel dan Palestin dibawa Barat kepada ‘pendudukan haram’ berikutan usaha antarabangsa semakin sukar membebaskan negara Islam Palestin.
  • Guna bahasa dan pendekatan betul isu libat pendudukan rejim haram aparteid Israel dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin tentukan nasib mereka sendiri.
  • “Apa lagi diperlukan untuk orang melihat 55 tahun kekejaman, pendudukan dan serangan tentera adalah benar-benar satu pendudukan.” – Pelapor Khas PBB 
  • ‘Keistimewaan’ diberikan kepada rejim haram aparteid Israel, oleh negara Barat melemahkan kuasa undang-undang antarabangsa, menetapkan panduan negatif sekali gus dorong pihak lain bertindak langgar undang-undang antarabangsa.
  • Gesa masyarakat antarabangsa iktiraf dan mengutuk sikap penjajah rejim haram aparteid Israel serta menuntut penamatan segera secara rasmi.

WASHINGTON – Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menyeru pertukaran naratif ‘konflik’ antara Israel dan Palestin yang dibawa oleh Barat kepada ‘pendudukan haram’ berikutan usaha antarabangsa yang semakin sukar untuk membebaskan negara Islam Palestin.

Menerusi satu laporan PBB, Francesca menggesa penggunaan bahasa dan pendekatan yang betul dalam isu yang melibatkan pendudukan rejim haram aparteid Israel dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri.

Francesca, pengarang laporan tersebut mengatakan bahawa ia komprehensif dan mengambil pendekatan holistik terhadap isu undang-undang antarabangsa. Beliau turut mempersoalkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa mengenai isu penindasan rejim haram terhadap rakyat Palestin.

Tegasnya, “Apa lagi yang diperlukan untuk orang melihat bahawa 55 tahun kekejaman, pendudukan dan serangan tentera adalah benar-benar satu pendudukan.”

Jelas beliau, ‘keistimewaan’ yang telah diberikan kepada rejim haram aparteid Israel, khususnya oleh negara Barat telah melemahkan kuasa undang-undang antarabangsa, menetapkan panduan negatif sekali gus mendorong pihak lain untuk bertindak melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau turut mengkritik negara Barat atas bantahan berkali-kali terhadap pengiktirafan realiti kehidupan rakyat Palestin dan pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim haram. Beliau menyifatkan tingkah laku dan sokongan mereka sebagai ‘perlindungan’ dan satu bentuk ‘persaudaraan’.

Dalam pada itu, hasil laporan juga mendapati bahawa dasar dan amalan diskriminasi meluas yang dikenakan ke atas rakyat Palestin adalah sama dengan jenayah aparteid di bawah undang-undang antarabangsa.

Meskipun begitu, mengehadkan layanan yang diterima rakyat Palestin kepada istilah ‘aparteid’ tidak memberi maksud menyeluruh terhadap penindasan rejim Israel, ujarnya.

Mengulas lanjut, Francesca menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf dan mengutuk sikap penjajah rejim haram aparteid Israel serta menuntut penamatan segera secara rasmi.

Sumber : Samudera.my

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending