Connect with us

Terkini

CAP gesa lesen pemandu mabuk dibatalkan seumur hidup

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar membatalkan lesen memandu seumur hidup terhadap mereka yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.

Wartawan TMT

Published

on

CAP gesa lesen pemandu mabuk dibatalkan seumur hidup
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) cadang batalkan seumur hidup lesen pemandu mabuk menyebabkan kematian
  • Tindakan tegas itu antara perlu dipertimbangkan pihak berkuasa agar kejadian ragut nyawa akibat perbuatan pemandu tidak bertanggungjawab dapat dibanteras.
  • Ini berikutan, pemandu mabuk tidak bimbang undang-undang sedia ada dan tidak peduli kehidupan orang lain dengan meneruskan pemanduan meskipun berada dalam pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.
  • “Kita gesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia kenakan hukuman berat kepada pemandu mabuk dan menyebabkan kematian.”
  • “Apa juga alasan memandu dalam keadaan mabuk dan mendatangkan bahaya kepada orang tidak bersalah tidak boleh diterima, apatah lagi pada zaman sekarang yang sediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam termasuk e-hailing,”  – Pegawai Pendidikan CAP

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar membatalkan lesen memandu seumur hidup terhadap mereka yang memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, tindakan tegas itu antara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa agar kejadian meragut nyawa akibat perbuatan pemandu tidak bertanggungjawab dapat dibanteras.

Menurutnya, hal ini kerana pemandu mabuk dilihat tidak bimbang dengan undang-undang sedia ada dan tidak mempedulikan kehidupan orang lain dengan meneruskan pemanduan meskipun berada dalam pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

“Walaupun kejadian kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk sering dilaporkan malah ia kini semakin meningkat dan dilihat tidak memberi pengajaran buat mereka (pemandu mabuk).

“Kita menggesa Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia mengenakan hukuman berat kepada pemandu yang mabuk dan menyebabkan kematian.

“Hukuman berat kepada pemandu berkenaan perlu dikenakan kerana menyebabkan kematian terhadap orang yang tidak bersalah,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Subbarow berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa melakukan pemeriksaan dan mengesan pemandu mabuk terutama pada setiap hujung minggu.

“Apa juga alasan untuk memandu dalam keadaan mabuk dan mendatangkan bahaya kepada orang yang tidak bersalah tidak boleh diterima, apatah lagi pada zaman sekarang yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam termasuk e-hailing,” katanya.

Pada Ahad media melaporkan, seorang wanita maut manakala seorang lagi wanita parah akibat dilanggar pemandu kereta mabuk ketika melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat, Selangor.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending