Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi puji Australia tidak iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Arab Saudi menyambut baik keputusan Australia untuk membatalkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi puji Australia tidak iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Foto: Ciapan dari Kementerian Luar Negeri Arab Saudi.
  • Arab Saudi memuji keputusan Australia menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • Arab Saudi menyeru usaha antarabangsa dilakukan demi menjadikan Palestin sebuah negara yang merdeka.

Arab Saudi menyambut baik keputusan Australia untuk membatalkan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataannya juga menekankan tentang sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan itu kepada rakyat Palestin.

Arab Saudi menyeru supaya “menyatukan usaha antarabangsa demi mencari penyelesaian yang adil bagi isu Palestin, dengan cara yang memenuhi aspirasi rakyat Palestin bagi menubuhkan sebuah negara merdeka dan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab,” kata kenyataan itu.

Keputusan Australia itu turut dipuji rakyat Palestin yang menyifatkannya sebagai keputusan bijak dan berani.

Sumber: Arab News

Antarabangsa

Parlimen Rusia lulus undang-undang haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur

Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Wartawan TMT

Published

on

Parlimen Rusia haramkan promosi LGBT di semua peringkat umur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang baharu itu akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia, bagaimanapun ia masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin.
  • Di bawah undang-undang itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.
  • Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada golongan kanak-kanak.

MOSCOW – Parlimen Rusia semalam meluluskan rang undang-undang yang memperluaskan larangan mempromosikan propaganda dan menyekat demonstrasi tingkah laku LGBT ke semua peringkat umur, demikian lapor Reuters.

Ia akan menyebabkan sebarang bentuk ekspresi gaya hidup LGBT hampir mustahil ditonjolkan di Rusia.

Bagaimanapun rang undang-undang itu masih memerlukan kelulusan dewan atasan Parlimen dan Presiden Vladimir Putin sebelum dikuatkuasakan.

Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang tindakan atau maklumat yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – sama ada di khalayak ramai, dalam talian atau dalam filem, buku atau pengiklanan – boleh dikenakan denda yang berat.

Sebelum ini, negara terbesar di dunia itu hanya mengharamkan promosi gaya hidup LGBT ditujukan kepada kanak-kanak. 

Rang undang-undang baharu itu juga melarang ‘demonstrasi’ tingkah laku LGBT kepada kelompok kanak-kanak.

Penggubal undang-undang berkata mereka mempertahankan nilai tradisional “dunia Rusia” terhadap nilai liberal barat yang dikatakan begitu tekad untuk memusnahkan mereka – hujah itu juga semakin digunakan pegawai sebagai salah satu justifikasi untuk kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Advertisement

Pihak berkuasa di Rusia juga menggunakan undang-undang sedia ada untuk menghentikan perarakan kebanggaan gay dan menahan aktivis hak gay di negara itu. 

Sumber : Reuters

 

 

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending