Connect with us

Komuniti

Tidak ada istilah empat bulan ibu bapa tidak dibenarkan melawat anak dalam rawatan pemulihan! – Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia

Tiada istilah tempoh empat bulan ibu bapa dilarang melawat anak-anak ketika anak mereka menjalankan rawatan di pusat pemulihan.

Puti Iylia Maisarah

Published

on

Tidak ada istilah empat bulan ibu bapa tidak dibenarkan melawat anak dalam rawatan pemulihan! - Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia
Foto: Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin.
  • Tiada istilah tempoh empat bulan ibu bapa dilarang melawat anak-anak ketika anak mereka menjalankan rawatan di pusat pemulihan. -Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa 
  • Dalam prinsip rawatan dan pemulihan sokongan keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan sisi positif individu yang menjalani proses pemulihan.  
  • “Dalam proses rawatan ada modul rawatan menggunakan modul psikososial iaitu melibatkan sokongan keluarga, kemudian keluarga boleh sahaja jumpa pada masa yang sesuai.
  • Sekiranya pada waktu permulaan pesakit atau anak masih memerlukan kebergantungan namun ketika dalam proses nyah kebergantungan, hanya lebih kurang 14 hari sahaja tidak sampai empat bulan ibu bapa tidak boleh bertemu,”

KUALA LUMPUR – Tiada istilah tempoh empat bulan ibu bapa dilarang melawat anak-anak ketika anak mereka menjalankan rawatan di pusat pemulihan.

Demikian kenyataan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (Perkama International), Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berhubung isu sebuah pusat madrasah yang tidak memberi kebenaran kepada ibu bapa melawat anaknya dalam tempoh empat bulan tersebut.  

Beliau berkata, dalam prinsip rawatan dan pemulihan sokongan keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan sisi positif individu yang menjalani proses pemulihan.  

“Dalam prinsip rawatan, ada 13 prinsip rawatan dan antara yang penting ialah sokongan yang datang dari perawat dan orang terdekat (significant others),  kalau orang terdekat adalah ibu bapa maka ibu bapa menjadi harapan bagi individu yang sedang dalam pemulihan. 

“Hampir semua modul rawatan di dunia ni termasuk rawatan penyalahgunaan dadah memerlukan sokongan daripada ‘significant others’ iaitu orang terpenting, sokongan keluarga adalah penting, dan seharusnya ibu bapa disarankan untuk melawat bagi membantu proses mereka dipulihkan,” katanya kepada The Merdeka Times. 

Beliau turut mengulas berkenaan adakah perlu ibu bapa melawat anak-anak ketika masih dalam tempoh permulaan. 

“Bagi saya, sebaik-baiknya ditemukan untuk meningkatkan sokongan emosi dan sokongan kebolehan kepada anak tetapi ini bergantung kepada modul yang digunakan, kalau modul agama sekalipun kita gunakan modul ‘pyscho spiritual’ iaitu menggunakan pendekatan agama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pesakit.

Advertisement

“Dalam proses rawatan ada modul rawatan menggunakan modul psikososial iaitu melibatkan sokongan keluarga, kemudian keluarga boleh je jumpa pada masa yang sesuai.

“Sekiranya pada waktu permulaan pesakit atau anak masih memerlukan kebergantungan namun ketika dalam proses nyah kebergantungan, hanya lebih kurang 14 hari sahaja tidak sampai empat bulan ibu bapa tidak boleh bertemu,” katanya. 

Dalam pada itu, tambahnya peranan ibu bapa sangat penting dalam setiap perkara yang membabitkan proses pemulihan anak-anak, ia susulan lebih ramai ibu bapa hanya memilih untuk menghantar anak-anak yang berdepan dengan masalah tanpa mengetahui latar belakang sesebuah pusat itu. 

“Kerana itu penting ibu bapa melihat terlebih dahulu sijil atau pengiktirafan madrasah atau pusat itu dulu, semua pusat rawatan dan pemulihan perlu mendapatkan akreditasi dan pengiktirafan dari mana-mana agensi agar ibu bapa tidak tertipu,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa setiap pusat rawatan dan pemulihan perlu dikendalikan oleh pihak yang bertauliah iaitu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman.

“Semua pusat rawatan mesti menyediakan kaunselor yang bertauliah termasuklah pusat rawatan Islam yang memerlukan kaunselor, ‘counselor is vital’ dalam perubatan dan pemulihan, dan pusat itu juga mesti bersedia merujuk ‘clientnya’ kepada doktor perubatan sekiranya didapati ‘clientnya’ mempunyai kecelaruan mental,” katanya. 

Advertisement

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan pendedahan seorang mangsa bekas penghuni madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang disyaki didera dan dicederakan oleh pihak madrasah susulan keluarganya tidak dibenarkan melawatnya dalam tempoh empat bulan rawatan pemulihan. -The Merdeka Times. 

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

Advertisement

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending