Terkini
Sekolah Menengah Cina Yong Peng terima sumbangan RM30 juta – Ahli Parlimen Ayer Hitam
Sekolah Menengah Cina Yong Peng menerima sumbangan RM30 juta iaitu jumlah tertinggi pernah dikutip sekolah itu.

- RM20 juta disumbangkan adik beradik Ma Wong Ching dan Ma On May, manakala RM10 juta lagi sumbangan orang ramai.
- Ia menjadikannya rekod kutipan derma tertinggi diterima sekolah.
- “Sebelum ini, jumlah sumbangan tertinggi ialah RM26 juta yang diterima Sekolah Menengah Cina Kuen Cheng pada 2013,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
- Kerajaan Negeri Johor juga memperuntukkan RM200,000 kepada Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah Cina Yong Peng.
PETALING JAYA: Sekolah Menengah Cina Yong Peng menerima sumbangan RM30 juta iaitu jumlah tertinggi pernah dikutip sekolah itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebanyak RM20 juta disumbangkan adik beradik, Ma Wong Ching dan Ma On May, manakala RM10 juta lagi dikumpul melalui sumbangan orang ramai.
Sumbangan disampaikan kepada sekolah itu, yang terletak di kawasan Ayer Hitam di mana Wee selaku ahli parlimen, semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-65 dan Pengumpulan Dana bagi Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sekolah Menengah Cina Yong Peng semalam.
Wee turut mengucapkan terima kasih kepada Wong Ching, yang juga pengerusi lembaga pengarah Sekolah Menengah Cina Yong Peng, kerana menjemputnya menyempurnakan acara itu.
“Sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam, saya gembira berada dalam kalangan 2,400 tetamu yang hadir.
“Jumlah RM30 juta ini menjadikannya rekod kutipan derma tertinggi diterima sekolah.
“Sebelum ini, jumlah sumbangan tertinggi ialah RM26 juta yang diterima Sekolah Menengah Cina Kuen Cheng pada 2013,” kata Dr Wee dalam laporan The Star hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Johor juga memperuntukkan RM200,000 kepada Yayasan Pendidikan Sekolah Menengah Cina Yong Peng.
Sumber : The Star

You must be logged in to post a comment Login