Connect with us

Komuniti

Kuarters guru menyedihkan, KPM digesa selesaikan segera atau gambar ‘menarik’ bakal dikeluarkan

“Sangat menyedihkan…dah teruk sangat.” Demikian luahan pengguna Facebook Ijau Mudai berkenaan kuarters guru yang terletak di sekolah pedalaman di Julau, Sarawak kelihatan sangat daif.

Wartawan TMT

Published

on

Kuarters guru menyedihkan, KPM digesa selesaikan segera atau gambar ‘menarik’ bakal dikeluarkan
Foto: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
  • Kenyataan itu dari Facebook Ijau Mudai berkenaan kuarters guru di sekolah pedalaman di Julau, Sarawak kelihatan sangat daif.
  • “Sekiranya ada peruntukan baik pulih ke setiap PPD setiap tahun kenapa jadi sampai begini teruk??? SPRM harus melihat perkara ini lebih serius dan ambil tindakan sewajarnya.
  • Namun jika memang tiada peruntukan diberikan untuk baik pulih sekolah daif di kawasan pedalaman selama ini,  mohon ketua setiausaha KPM dan Menteri Pendidikan undur diri (itu jalan terbaik).”
  • Sebagai rakyat beliau melihat mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut dan menjalankan tugas dengan baik.
  • Guru besar di sekolah rendah turut diseru tampil ke hadapan jika menghadapi permasalahan sama.

KUALA LUMPUR – “Sangat menyedihkan…dah teruk sangat.

Demikian luahan pengguna Facebook Ijau Mudai berkenaan kuarters guru yang terletak di sekolah pedalaman di Julau, Sarawak kelihatan sangat daif.

Sangat menyedihkan. Apabila melihat kuarters guru (insan yang mengajar kita erti kehidupan) duduk di sekolah pedalaman di Julau yang masih sebegini rupa. 

Tujuan asal saya datang hendak membantu. Ingatkan rosak tu sikit saja. Namun apabila sampai di situ, fuhhhhh…dah teruk sangat,” katanya pada Rabu.

Menerusi beberapa kepingan gambar yang dimuat naik beliau dapat dilihat keadaan rumah tersebut mengalami kerosakan teruk di beberapa bahagian seperti syiling rumah di mana kebanyakan ruang berlubang teruk, begitu juga dengan tandas dan lantai.

Susulan itu, Ijau Mudai mempersoalkan siapakah pihak yang wajar dipersalahkan di atas permasalahan tersebut.

Katanya, “Umum, kita mengetahui setiap tahun peruntukan baik pulih kecil disediakan oleh kerajaan. (Dibentang di Parlimen, dan dibahagi ke setiap negeri).

Advertisement

Sekiranya ada peruntukan baik pulih ke setiap PPD setiap tahun kenapa boleh jadi sampai begini teruk??? SPRM harus melihat perkara ini dengan lebih serius dan ambil tindakan dengan sewajarnya.

Namun jika memang tiada peruntukan yang diberikan untuk baik pulih sekolah daif di kawasan pedalaman selama ini,  mohon ketua setiausaha KPM dan Menteri Pendidikan undur diri (itu jalan terbaik).”

Menurutnya, sebagai rakyat beliau melihat pihak berkenaan gagal untuk menyelesaikan masalah atau menjalankan tugas dengan baik.

Beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk turun padang menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera atau akan ada lebih banyak gambar-gambar ‘menarik’ seperti sedemikian akan dikeluarkan selepas ini.

Dalam pada itu, beliau turun menyeru agar guru besar di sekolah rendah yang menghadapi permasalahan sama untuk tampil ke hadapan.

Sementara itu, sekitar tahun 2019, Dr Maszlee Malik yang ketika itu berperanan sebagai Menteri Pendidikan berkata kementerian mempunyai sebanyak 50,257 unit kuarters di seluruh Malaysia.

Advertisement

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33,893 unit atau 67.44 peratus sedang diduduki sementara 16,364 unit atau 32.56 peratus lagi adalah merupakan kuarters kosong yang di mana sebanyak 10,062 daripada unit kosong tersebut rosak dan tidak boleh dihuni serta majoritinya terletak di luar bandar.

Berbalik ke negeri Sarawak, Kementerian Pendidikan (KPM) melaporkan sebanyak 351 bangunan sekolah daif di negeri itu pada Julai lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata 107 sekolah daripada jumlah itu berskala 7 iaitu bangunan tidak selamat dengan pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Terdahulu, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyatakan bahawa di Sarawak tidak hanya bangunan usang, wujud juga masalah lain iaitu kuarters guru dan asrama daif, tiada bekalan air bersih dan elektrik, tiada kemudahan Internet yang menyukarkan urusan pembelajaran dan penghantaran data secara atas talian, selain pusat sumber serta makmal yang serba kekurangan.

Justeru, beliau menggesa pembaikan semula dilakukan segera kerana kebanyakan sekolah di sana berusia lebih 50 tahun.

Sumber : Facebook Ijau Mudai

Advertisement

Komuniti

Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu lulus pengeluaran KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. – Presidennya, Azmi Mohd. Tahir 
  • “Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
  • “Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

 

PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini. 

Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. 

Katanya, ia juga bagi membuktikan bahawa pencarum bukan membuat tuntutan luar jangka itu secara suka-suka, tetapi ia semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan. 

“Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri. 

“Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata, yang penting tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka tidak lama lagi. 

“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Advertisement

PGIRM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.

Bagaimanapun, media pada Jumaat lepas melaporkan, kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum. 

Perdana Menteri dilapor berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti. 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending