Connect with us

Terkini

Isu beg berat : sekolah dua sesi, dipasang lokar

Lokar sekolah untuk kegunaan murid bagi mengatasi isu beg berat akan mula dipasang pada penghujung bulan ini.

Wartawan TMT

Published

on

Isu beg berat : sekolah dua sesi, dipasang lokar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lokar sekolah untuk kegunaan murid bagi mengatasi isu beg berat akan mula dipasang pada penghujung bulan ini.
  • Fasa pertama, pemasangan lokar melibatkan murid tahun satu dan dua.
  • Kesemua majlis agama negeri setuju pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi sekolah KAFA.
  • Ia perkembangan baharu bagi tujuh inisiatif KPM dalam meringankan beg sekolah.
  • Ia dinyatakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, hari ini.

PUTRAJAYA – Lokar sekolah untuk kegunaan murid bagi mengatasi isu beg berat akan mula dipasang pada penghujung bulan ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tumpuan diberikan terhadap sekolah yang mempunyai dua sesi persekolahan.

“Sebagai permulaan fasa pertama, pemasangan lokar itu melibatkan murid tahun satu dan dua,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis libat utus bersama editor kanan agensi media di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan tujuh inisiatif KPM dalam menangani isu tersebut.

Pada Mac lalu, Mohd Radzi menyenaraikan tujuh inisiatif meringankan beg sekolah iaitu penyediaan lokar, penyusunan semula jadual waktu sehingga empat mata pelajaran sehari dan buku latihan tidak lebih dua buah serta buku teks digital.

Selain itu guru turut digalakkan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bertema atau modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (Virtual Lab) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap buku teks dan penggunaan uniform sekolah kebangsaan dibenarkan bagi sesi persekolahan kelas agama fardu ain (KAFA).

Dalam majlis itu, Mohd Radzi berkata, rata-rata majlis agama negeri bersetuju agar pakaian seragam sekolah kebangsaan digunakan bagi sekolah KAFA.

“Murid-murid tidak perlu lagi bawa uniform sekolah KAFA,” katanya.

Pada perkembangan lain, Mohd Radzi berkata, kementerian sedang memperkasakan sekolah harian yang mempunyai kapasiti rendah dalam menangani isu kesesakan di sesebuah sekolah terutamanya sekolah berprestasi lebih baik.

“Kita lihat bahawa ketidakseimbangan berlaku apabila ada sekolah lebih baik di kawasan berhampiran,” katanya.

Antara langkah yang diambil KPM, beliau berkata KPM sedang melaksanakan pergerakan guru besar dan pengetua dari sekolah berprestasi lebih baik.

“Ia turut melibatkan guru-guru bagus agar mewujudkan suasana lebih bersemangat (vibrant),” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending