Antarabangsa
Israel abai ugutan bunuh, wartawan Palestin ditembak mati
Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala dari jarak dekat selepas beliau membuat aduan menerima ugutan bunuh dan tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel.

- Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala selepas beliau selesai solat Maghrib.
- Nadal Ijbaria, 44, ditembak di kepala dari jarak dekat oleh dua penembak yang mendekati keretanya selepas beliau menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di pinggir Kina, Umm Al-Fahm.
- Pada Jun 2021, Nadal membuat aduan menerima ugutan bunuh selepas menjadi sasaran sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan hampir 50 tembakan ke arah rumah keluarganya.
- Bagaimanapun, aduan itu tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel yang tidak melakukan apa-apa tindakan.
TEHRAN – Seorang wartawan Palestin dari bandar Umm Al-Fahm ditembak di kepala dari jarak dekat selepas beliau membuat aduan menerima ugutan bunuh dan tidak diendahkan pihak berkuasa rejim Israel.
Nadal Ijbaria ditembak di kepala dari jarak dekat oleh dua penembak yang mendekati keretanya sebelum mereka bergegas meninggalkan kawasan itu, demikian menurut seorang warga Palestin yang menjadi saksi kejadian.
Ketika kejadian, Nadal berjalan ke keretanya di luar rumahnya yang terletak di pinggir Kina, Umm al-Fahm pada malam Ahad selepas menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid.
Wartawan berusia 44 tahun itu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian atas badannya berdasarkan sumber perubatan Israel, demikian lapor agensi berita Tasnim.
Susulan insiden tembakan itu, paramedik melakukan pembedahan resusitasi ke atasnya sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Ha’Emek di bandar utara Afula untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, wartawan itu disahkan mati selepas cubaan untuk menyelamatkan dilakukan.
Keluarga wartawan itu mendakwa pihak berkuasa Israel bertanggungjawab di atas kejadian itu, memandangkan mangsa telah membuat aduan mengenai ugutan bunuh yang diterimanya.
Pada Jun 2021, Nadal terselamat daripada kecederaan selepas rumahnya menjadi sasaran sekumpulan lelaki bersenjata yang melepaskan hampir 50 tembakan.
Wartawan Palestin itu kemudiannya menyiarkan beberapa gambar di akaun Facebook dan Instagramnya pada masa itu bagi mendokumentasikan serangan ke atas rumahnya.
“Malangnya, polis tiba-tiba tidak aktif. Mereka sentiasa menuduh keluarga mangsa tidak bekerjasama dalam siasatan untuk mengelak tanggungjawab tetapi kami telah memberikan mereka semua bukti dan ancaman yang Nadal dan keluarga alami,” kata bapa mangsa, Mohammed Ijbaria.
“Walaupun terdapat peningkatan jenayah dalam kalangan masyarakat Arab, namun Israel tidak mengambil tindakan untuk menghentikannya. Jenayah ini bukannya yang terakhir kerana kita terpaksa berdiam diri terhadap semua kecelakaan ini,” katanya.
Sumber: Tasnim News
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah