Connect with us

Terkini

Ibu bapa pantau kandungan internet anak anda, PDRM sahkan terima 106,764 alamat IP lucah kanak-kanak

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa pantau kandungan internet anak anda, PDRM sahkan terima 106,764 alamat IP lucah kanak-kanak
Foto: Datuk Seri Rina Mohd Harun, sumber Bernama.
  • Datuk Seri Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan bahawa polis menerima 106,764 alamat protokol internet (IP) yang disyaki kongsi kandungan lucah kanak-kanak.
  • Ia adalah jumlah data direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.
  • Pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya membawa kepada jenayah seksual lain.
  • Oleh itu Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak dilancarkan sebagai inisiatif dalam bantu dan bimbing kanak-kanak dan ibu bapa serta komuniti untuk hadapi cabaran jenayah siber masa kini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini, yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina berkata, jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.

“Angka amat membimbangkan dan kempen ini kami jalankan untuk beri kefahaman juga kepada kanak-kanak.

“KPWKM melihat trend ini sebagai perkembangan tidak sihat terutamanya melibatkan golongan vulnerable memandangkan pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya boleh membawa kepada perlakuan seksual yang lain,” katanya.

Rina berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di sini, pada Ahad.

Bagi mengekang perkara itu, beliau berkata, KPWKM melaksanakan kempen itu sebagai satu daripada inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti untuk berhadapan dengan cabaran jenayah siber pada masa kini.

Katanya, terdapat lima objektif utama pelaksanaan kempen itu antaranya meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap penggunaan media sosial secara bijak dan selamat, memberi pendedahan tentang bahaya media sosial yang tidak dikawal serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Berkongsi statistik kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak, Rina berkata, sejak Januari hingga Jun lepas, PDRM menerima 47 kes rogol berkumpulan, 95 kes (seks luar tabii), 127 kes (sumbang mahram), 438 kes (cabul) dan 641 kes melibatkan jenayah rogol.

Beliau berkata, KPWKM melaksanakan pelbagai usaha antaranya menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-Kanak di media sosial pada 15 Jun 2021, memperkasakan perkhidmatan kaunseling di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah serta memperkasakan peranan komuniti dengan melantik 299 Pembantu Pelindung di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, KPWKM juga akan menganjurkan Persidangan Kanak-Kanak kali pertama selama dua hari mulai esok, yang akan dihadiri Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dari seluruh negara bagi mewakil suara kanak-kanak di negara ini. 

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending