Terkini
Gambar kemaluan lelaki, mesej lucah dikongsi oleh saksi pertama – Firdaus Wong
Saksi ketiga, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bahawa dia telah menerima gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah yang dihantar oleh saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dalam perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual Ebit Lew.

- Firdaus Wong memberitahu mahkamah bahawa dia telah menerima gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah dihantar oleh saksi pertama.
- Firdaus memaklumkan NGOnya memberi bantuan kaunseling, rawatan Islam dan guaman kepada pengadu (mangsa).
- “Saya telah muat turun gambar dan tangkap layar setelah saya menerima dari Akhi Fairuz dan secara automatik tersimpan dalam telefon bimbit saya,” – Firdaus Wong.
TENOM – Saksi ketiga, Firdaus Wong memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bahawa dia telah menerima gambar kemaluan lelaki dan tangkap layar mesej lucah yang dihantar oleh saksi pertama iaitu Mohd Fairuz Abu dalam perbicaraan hari keempat kes gangguan seksual Ebit Lew.
Menjelaskan perkara itu, Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39, berkata, gambar dan mesej itu dihantar kepadanya oleh Mohd Fairuz yang dikongsikan oleh pengadu (identiti tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah) dalam kes ini.
“Setelah Akhi Fairuz memaklumkan kepada saya bahawa pengadu telah menerima mesej-mesej serta gambar lucah daripada Ebit Lew, beliau telah berkongsi dengan saya gambar dan beberapa tangkap layar mesej lucah dari Ebit Lew yang diterima pengadu,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria turut meminta Firdaus menjelaskan siapa Akhi Fairuz yang disebutkannya sebagai sahabatnya dalam soalan sebelum ini berkaitan wanita yang dibantu Multiracial Reverted Muslims (MRM).
Firdaus memberitahu mahkamah Akhi Fairuz yang disebutkan adalah Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang merujuk kepada saksi pertama, Mohd Fairuz yang dikenalinya dalam sebuah program di laman sosial pada 2 Jun 2021.
Ditanya adakah Firdaus ingat apa gambar dan mesej lucah yang diterima daripada Akhi Fairuz yang dikongsikan oleh pengadu, beliau mengakui ingat mengenainya iaitu satu gambar kemaluan lelaki dan juga tangkap layar mesej-mesej lucah.
Seterusnya, Firdaus ditanya apa yang dilakukan terhadap gambar dan tangkap layar berkenaan sebaik menerimanya.
“Saya telah muat turun gambar dan tangkap layar setelah saya menerima dari Akhi Fairuz dan secara automatik tersimpan dalam telefon bimbit saya,” katanya.
Sebelum itu, dalam prosiding sama, Firdaus diminta menjelaskan apa bantuan yang telah diberikan MRM kepada pengadu dan suaminya.
“Kami di MRM telah memberikan bantuan kepada pengadu dengan memberikan tiket penerbangan serta penginapan bagi beliau dan suaminya selain menawarkan khidmat bantuan lain seperti guaman, kaunseling, rawatan Islam dan sebagainya jika diperlukan,” jelas beliau.
Diminta menjelaskan mengenai jadual penerbangan dan penginapan yang telah diberikan kepada pengadu, Firdaus memberitahu mahkamah bahawa ia adalah tiket penerbangan pergi dan balik pengadu serta suaminya antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
“Pengadu dan suami terbang ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan Malaysia Airlines pada 6 Ogos 2021 kemudian berlepas pulang ke Kota Kinabalu pada 8 Ogos 2021 dan mereka telah menetap di sebuah hotel di Kuala Lumpur,” jelasnya.
Firdaus kemudian turut diminta menjelaskan kepada mahkamah, khidmat kaunseling dan rawatan Islam bagaimana yang diberikan kepada pengadu.
“Khidmat kaunseling kepada pengadu dan suaminya serta rawatan Islam adalah untuk memberikan semangat dan keluar dari trauma yang dialami,” katanya.
Perbicaraan ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dan mahkamah telah menetapkan tarikh baharu iaitu 20 hingga 22 Disember depan untuk perbicaraan bersambung semula.
Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Beliau diwakili pasukan peguam yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Sementara itu, pendakawan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China